Nak beli tepung kek!

Monday 2 July 2012

Sanaa

Selepas sebulan aku berada di Tarim,Hadhramwt,aku pun balik la ke Malaysia,(aku mmg gigih brcerita kisah lalu)tapi nak ceritanya kat sini,Perjalanan tu sangat adventure pasal aku balik dengan mak aku dan kami adalah "perempuan" you know  maksud  "perempuan" kat sini (malas nak terangkan,paham sendiri la kan, ).tapi di sebabkan aku malas nak ingat yang pepahit pahit-pahit,so aku skip kan cerita yang betapa best sahaja.

Daripada Hadramawt aku naik la kapalterbang yemenia untuk sampai kat Sanaa ( Capital). Sejam jugaklah perjalanan aku naik kapal terbang merentasi gurun dan awan-awanan yang tebal,sekejap langgor awan,berderau hati aku,nak-nak aku duk dekat sayap,bergoyang kapal terbang "gggrrrrr gedegang gedegung deg deg deg3x" emmm itulah bunyi yang aku dapat gambarkan. Setiap kali langgor awan,ayat kursi ni tak lepas,zikir tak henti (sedih gak bila dah selamat takda  pulak camtu,manusia ni mmg camtu) ambik pengajaran.Tapi Alhamdulillah selamat sampai ke Sanaa. Kat Sanaa abang aku dah menunggu dengan bini and anak dia.Sampai je kami terus ke Hotel Yemenia . kat hotel kami duduk situ 2 hari. ok la aku akan terus ke penceritaan makanan dan sterusnya penyopingan kat Sanaa,antaranya ialah berdasarkan gambar yang diberi...

 Roti keju telur dan kacang,ini adalah futur(breakfast) sarapan la.*ngada pergi translate BI kan*
Kami makan ni free sebab hotel yemenia yang bagi.sedap pun sedap boleh makan 4 orang.roti dia kat luar keras tapi dalam lembut,makan dengan telur rebus cicah sos kacang atau makan dengan keju hancur yang masam tapi sedap.
 ini makan tengah hari ,nasi la apalagi,nasi arab sama lauk ayam dan sayur kentang.ayam dan sayur tak pasti masak jenis apa,aku lapar balun je la.pastu dia bagi sekali dengan yogurt warna putih tu,huh dia ingat macam acar la tu..(aku yang ingat camtu)
Nasi arab kat kedai makan,skali satu set dengan daging kambing panggang
ada ayam bakar,kebab daging ,dan roti memang mabeles sebab harga rm45 je semua makan 4 orang,kat malaysia hado?hehehe
 Then aku berjalan ke Babul Yaman kota seribu tahun,
 Di lorong-lorong pasar,rasa feeling kat turki pulak(pasal teringin pergi turki)
 makanya mak aku menawar harga dengan ini budak. "kam kilo?"mak aku cakap" miah khomsun" budak tu jawab, "kiloin "(2 kilo) mak aku mintak dan budak tu balas "tamam". beli kacang je pun..
 pergi kedai lain pulak,mana tau harga lagi murah ke,cih sama aje,jangan tertipu macam aku tertipu tengok coklat yang berwarna-warni tu,"eeee sedapnya" dalam hati aku..buka dan makan sekali coklat murah dan semua sama je rasa ,kulit je nak gempak gitu.orang kata indah khabar dari rupa,.memang sangat sesuai digunakan untuk coklat-coklat ni.
tengah berjalan,tersempak dengan budak-budak ni,comel je,ambik la gambor..aku panggil dorang, "Taali",dan dorang pun tersipu-sipu datang .hehe comel.
 mainan yang dijual,cantik,tapi boleh main sekejap je la.konyot terus.

Ayam panggang kat kedai ni mmg sedap la walaweh..tapi sayang takda kuah atau sos.
 Wanita ada jugak menjual,jual roti tepi jalan.hmmm nak beli ke,hmmm.
Aku paling tertarik dengan budak-budak yang sungguh awsome nih,tolong apak dia jahit tempat buat roti kot.yang abang comel tapi siyes,adiknya comel je senyum.sekali kat bawah ada apak dia la,dapat snap satu je,takuuut...ngee..


Ok,Tamam,selepas dua hari aku kat Sanaa dalam keadaan takut dan teruja,akhirnya sabtu petang aku naik pesawat Yemenia untuk ke kuala lumpur. Perjalanan mulanya Sanaa-Dubai-Kuala Lumpur-Jakarta,sampai je kat Dubai,Kaptennya beralih arah pulak nak ke Jakarta dulu KL lumpur yang terakhir...aihhh hangin betul aku ngan kapten tu.sabor je la.seb baik aku penumpang ekonomi.hahaha.(kalau hebat tak tau la boleh buat apa).Yang seremm sangat pasal naik yemenia ni terasa kemurahan pesawat ni,langgor awan je bergegor memang macam nak jatuh betul.lagi-lagi masa nak masuk sumatera dari lautan arab or india tu..waktu tu kapten bagitau,cuaca kurang baik semua harus pakai tali pinggang,memang cuaca tak elok betul pasal semua orag jerit waktu kapal bergegar,aku ni apa lagi baca ayat tak henti-henti,memang la..Alhamdulillah,akhirnya 15 jam perjalanan,sampai lah aku ke Malaysia,Syukur sangat ya Allah.

4 comments:

  1. Awak punya entry best gila tau tak, patutnya promote post ni dekat blogger lain, confirm ramai yang suka ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ArHam..hahahah best la kot..tak pandai la nak promot2.. cmna leh jumpa entry ni..

      Delete