Nak beli tepung kek!

Sunday 22 May 2011

The Best Game EVER..(PC game)


      Shaolin MysteryHmmm Tajuk pun anda semua dah dapat agak kan kat kawasan mana yang kita akan pergi.....yeah..negara cina..pergi ke zaman Dinasti dahulu..Ini ialah Adeventure Game ..sangat menarik dengan pemandangan yang menarik dan menggunakan otak kita untuk menyelesaikan masalah.
 AVENUE FLO Kawan-kawan..mari kita tolong flo menguruskan perkahwinan kawannya..ehek..memang banyak tempat anda dapat pergi dalam game ini..bertemu dan bercakap dengan pelbagai watakdaripada jiran,nenek tua,hingga FilmStar..Tugas anda hanyalah menyelesaikan masalah yang dihadapi.. Dairy DashHohohoho..anda mahu merasa berkebun dan berladang? ha ini la dia..dengan lukisan cantik anda pasti sukaanda akan rasa dalam hati( eee bestnya kalau ada farm macam ni)hihihihi

 Avenue Flo : Special DileveryTak puas main yang season 1? nah ini dia ambil lah season 2 pula..dengan konsep yang sama tetapi berlainan tempat dan masalah serta penambahan watak..amat lah best.
 Ranch RushSara perlukan pertolongan anda!tugas sara adalah menguruskan kebun dan menjual hasil-hasilnya seperi tomato labu cili bunga dll...sara juga perlu bagi lembunya makan bunga untuk hasilkan susu,bunga juga diperlukan untuk lebah hisap madu bagi menghasilkan madu di sarangnya..susu dan madu? juga untuk dijual..WOW menarik kan? yup Absolutely.. 
  Robin Quest Oh ..aku amat menyukainya..its adventure game...tapi sangat lah cantik dan kemas lukisannya.dan ianya juga mencabar..kalau tak gunakan walktrough memang susah juga nak lepas..tapi ana suka la..Di sini juga anda perlu menyelesaikan masalah dan berjumpa pelbagai watak di kedai di curch di dapur di pasar di atas kapal..tapi ianya amat menarik lah...itu je ana boleh cakap...hehehe







Sunday 8 May 2011

Nasi Belauk Kelantan , Seafood Ganu..sedap!!!

Kali ini aku akan ceritakan tentang perjalanan "balik kampung" aku dari kl-terengganu-kelantan bulan 12 tahun lepas..Takde mende yang best pun kat sana melainkan makanan..+++sape yang tak suke makanan ek?+++
first sekali aku harus menempel2 gambar(betul ke ayat?) ke mentepek? meletak,mengupload senang citer..




Nah ni dia  ..
Ikan Celup Tepung!! 
 Udang Celup Tepung( Besau2 udangnya)
 Sotong Celup Tepung (Fresh sgt)
total kami makan semuanya hanya RM26 sahaja..
 Makan di tepi pantai bergelora!ke laut?tapi ombak memang beso..kalau tsunami memang tak sempat nak larikan diri rasanya..
' Berek12'...sampai nye kami ke kelantan..ni lah tempat pertama yang kami pergi..heheh..pagi2 kat sini makan berat dah..tu ha dia..nasi dagang..gulai ayam..isk..sodap rasanya..
 Ce tengok acik tu..mmg pro duk bungkus nasi..ramai pelanggan pagi-pagi..oh ye..kuih2 pun ada..tengok la tu..dap dap dap..
 gambaran yang lebih kurang sama gambar di atas..kalau terangkan pun sama juga..situasi yang sama gambar yang berbeza..tapi yang penting,mata ni bersinar- sinar tengok lauk camni pagi-pagi.
 Tuuuuu dia....emmm ..Gulai ..
 Ni ha dia..ana perkenalkan kepada antum semua..NASI BERLAUK..orang kelantan mesti makan ni setiap pagi..lauknye simple je..nasi,ikan kayu/ayer/tongkol masak gulai kuning dengan timun..sambal cili merah..bungkus-bungkus..bukak balik..tara...tu dia..
 Carkuih..paling sedap kat berek 12 ni la..amat la lembut yang amat..tu putih putih tu..adunan dia la tu..
 tengok dia potong kekecik..pastu goreng...yah...tapi tak ada gambar dah di goreng..hehehee
 ni gambor kedai runcit kat situ..nampak tak kat tepi belah kiri tu ada gerai kecik..tu jual sate ikan..ntahlah betulke nama dia tu..tapi mmg sedap mende tu..dia bakar kat situ..tapi dia cam fish ball..tapi dia kekempis sikit..hehehe..pepagi pun jual ha..



begitulah kisah citer makan-makan dia sebelah pantai timur nu..satu lagi..lupa letak.kat sana antara makanan paling popular gak ialah mee celup..tapi tak de gambar..kui3..

Friday 6 May 2011

Ujang dan lawak-lawaknya..

Teringat pula kisah kecik2 dulu suka baca majalah Ujang.kebanyakannya  semua orang kat malaysia ni mesti tahu kan tahap lawak ujang ni macam mana. Bagi aku dulu ianya boleh mengiburkan hati aku sewaktu malas nak baca buku sekolah..hahahah..Tapi sekarang rasanya Ujang dah "kurang boleh" menghiburkan hati aku..aku pun tak tahu kenapa..adakah kerana tahap IQ sewaktu kecil berbeza apabila dewasa?boleh jadi jugak sebab kecik2 dulu tengok orang ketawa sikit kita dah ikut ketawa..walhal benda apa tu kau nak ketawa? comel......


Berbalik kepada majalah ujang,antara lawak-lawak yang diingati ialah:


~ Apabila Tok Moh berkonflik dengan geng2 hantu yang tak sedar diri seperti Toyol,Lampor,Jepun,dan Pocong..bermacam-macam tema pada setiap siri mereka akan lakonkan..mengikut keadaan..contohnya time puasa nak ke raya tu adalah kisahnya..time merdeka terserlahlah patriotik hantu-hantu tersebut,dan time bola tiba-tiba boleh lepak ngan tok moh sekali tengok bola..mereka juga sentiasa gagal menakutkan orang2 yang lain..huhuhuhuh..


~ Kisah Benar dari kartunis Bawang tak silap...ada satu siri tu tajuk dia "mencari damai yang hilang" bagi yang  membaca tajuk akan mengagak bahawa ini mesti cerita masalah hidup,tetapi di akhir cerita semua sudah   tertipu kerana damai yang hilang itu adalah nama orang yang hilang..(mencari damai yang hilang*damai*adalah nama orang)huhuhuhu..bagi aku ini begitu tragis kerana aku rasa tertipu dan aku suka main lawak2 balik dengan kakak aku dari kecik sampai ke besar pasal kisah ni..hehehe

~keluh kesah bersama kak esah semuanya berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh pembaca dan akan "dibantu" oleh kak esah ..(kak esah memberi pendapat yang amatlah bagus sampai kalau korang baca rasa nak tampar 20kali berlainan pipi laju2 ) tapi saya ada satu kes ni ,budak tu mengadu pada kak esah yang dia dah bosan sangat kerana hidup dia dari kecik sampai besar tak pernah ada masalah..pernah juga dia mencari-cari masalah tapi tetap juga tak ada..(oh senangnya ..)..tapi dia dah pening kerana hal ni..Kak esah dengan senang hatinya menjawab.."Adik..sedarkah adik bahawa adik mencari2 masalah tetapi tak jumpa dan adik mahukan masalah ,tahu tak adik..ini lah "masalah" adik..tahniah kak esah ucapkan kerana adik dah berjumpa dan menyelasikan masalah adik.."..????? Hehehehe..itulah keluh kesah kak esah..ada banyak lagi.

Hmmm ingat yang ni aje..Tapi itu semua hanya hiburan semata-mata.





Monday 2 May 2011

Contoh Mendownload Game Free!

First sekali,Anda haruslah Mempunyai UTORRENT.

STEP 1:DOWNLOAD UTORRENT

   Google UTORRENT(klik atas skali)
 Klik FREE DOWNLOAD (yang ditanda merah)
 Save and Open
Dapat dah...Tara.....!!!


STEP 2: DOWNLOAD GAME


Google nama game diikuti perkataan Torrent(CONTOH:shaolin mystery tale of the jade dragon torrent

 Klik (yang ada tanda merah tu) dalam kickasstorrent!!

klik

 klik
 Klik yes
Done..and Wait!


Macam mana? Ok ?? Good.....

Download Game Free!!!

Kebanyakan game yang sedia ada diberi trial version sahaja kan..emm mungkin peminat2 game yang lama main game dah tahu dah camana nak download game free..kepada yang baru nak main tu meh sini saya ajar..tak payah rasa tak sedap hati dah bila main game trial sampai sejam dan berkata.."alah...dah abes.."

kalau dulu saya mula-mula main game trial,saya akan download game yang sama tapi dari pengeluar game yang berbeza-beza,tapi dia boleh sambung terus game yang kita berhenti sejam tadi,so sambung sejam lagi,dah berhenti,uninstall game tu..cari dari pengeluar yang lain pulak..hmmm itu zaman lapok dah..saya berusaha mencari dan terus mencari kaedah mendownload game free tanpa membayar..dan saya jumpa abang TORRENT..Mmmuahahahahha..

Step1: Go to http://www.utorrent.com/returning-visitor tekan sebelah kanan dalam kotak 
           FREE DOWNLOAD
           SAVE
           NEXT (Proses INSTALL torrent)
           anda akan menadapat torrent macam ni



Step 2: Go to mana mana game yang anda mahu download or ambil namanya sahaja.
            contohnya robin's quest a legend born . 
           Tulis kat google.robin's quest a legend born Torrent.
           Anda akan mendapat senarai game tersebut dalam keadaan bertorrent.
           Selalunya saya akan pergi ke web thepiratebay or kickasstorrent.

Step3: Dah sampai kat tempat yang ditujukan http://www.kat.ph/robin-s-quest-a-legend-born-t4345185.html
           tekan download torrent yang warna coklat..
           dan ikut lah arah dia..smpai dia kluar kat utorrent anda.
Paham tak? kalau tak paham nanti saya sertakan gambar..hehehe

P/S:Thepiratebay , kickasstorrent , torrentactor.net selalu saya guna untuk mendownload.




Sunday 1 May 2011

Kakak saya derma darah..!!

Kalau kita setiap hari berdepan dengan budak, macam-macam cerita yang akan kita dengar..menjadi kebiasaan apabila budak bercerita,kita mesti akan dengar dan layan apa yang nak di ceritakan oleh mereka.

Murid yang aku ajar ni namanya Borhan(bukan nama sebenar)(bukan juga borhan watak keluangman itu ok)Suatu hari budak ni ambil kelas tambahan dengan saya,so aku sebagai muallimah dia tolong ajarkan...Alkisahnya budak ni comel sangat..darjah 3 je pun tapi dia kata berat dia 45?? ha..comel tak?comel tak? (imagine..)
dalam pada dia tgh belajar tu,dia ceritakan kisah kakak dia dengan tiba-tiba,,.muallimah nye baik hati kan.. tak nak bagi dia boring ,layan kan jugak la..macam ni kisah dia..Jeng jeng jeng!

Borhan:"muallimah,kakak saya haritu pergi derma darah..(sambil tersenyum)"

Muallimah: Tengah sibuk tengok jawapan dia buat tadi sambil berkata" emm Oh Ye ke? best tak?"

Borhan: senyum lagi ..Dengan semangat tiba-tiba tak tau datang dari mana." kakak saya pergi dengan kawan dia derma darah tapi lepastu dia pengsan lepastu balik ayah marah-marah dia..hee..."(baca dalam satu nafas,budak tu memang buat macam tu ok)

Muallimah: "la..macam tu sekali..macamana boleh pengsan tu???"

Borhan :" Mula-mula dia derma darah,lepas tu dia sakit perut dan dia pergi ke tandas terus,lepas dia dah habis buang air besar,dia nak buka pintu kunci tandas tu,lepastu dia pengsan".

Muallimah: " Ha..habis tu,siapa yang selamatkan kakak awak?"

Borhan: "selepas kakak saya pengsan..dia terjaga balik,dia sakit perut lagi,jadi dia buang air besar sekali lagi,lepas habis tu dia pengsan lagi..lepas sejam baru kawan dia datang tengok dia"

Muallimah:" Erk...."( Terkedu seketika)

Hmmm sebenarnya aku rasa lawak dengan cerita borhan ni..ye la kita tak tau betul ke tidak versi cerita dari dia ni..mungkin tokok tambah cerita..tak tau la..yang musykilnya boleh ke lepas pengsan bangun dan kemudian sambung balik buang air besar lagi sekali..keh3..

****TAMAT****