Nak beli tepung kek!

Tuesday 22 January 2013

Sekolah Tahfiz Taman-Taman Syurga,Semua Mahu.

Assalamualaikum w.b.t

Semalam 22 Januari 2013 hari Selasa aku pergi Sekolah Tahfiz yang baru dibuka oleh Kakak dan abang Iparku di Telok Gong,Selangor.

Sekolah tu baru beroperasi dalam 4 hari ini,dengan pelajar hanya 6 orang setakat ini.Alhamdulillah sesungguhnya semua urusan dimudahkan Allah Taala apabila kita nak buat benda baik.

Kebanyakan pelajar tersebut boleh dikatakan semua dari kalangan orang-orang susah.Abang aku buat yuran memang yang paling murah,sesuai untuk semua.Aku kagum dengan mereka,bersungguh datang belajar walaupun susah.Hari pertama mereka datang sekolah dihantar ibu ayah.

Ada antara ayah mereka buta,ada yang ayah sakit strok,Sakit jantung,tapi semangat mereka untuk melihat anak berjaya dunia akhirat sangat tinggi walaupun mereka susah. Aku bukan menghina atau merendah-rendahkan mereka ,tetapi aku sangat bangga dan kagum melihat ibu ayah yang macam tu,aku memandang tinggi mereka.rupanya semua manusia tak kira la apa pun perbezaan tetapi hati tetap sama nak hantar anak sekolah tahfiz untuk menjadi seorang Hafiz/Hufaz Insyaallah.Amin ya rabbalalamin. Walhal mereka boleh je nak hantar anak sekolah biasa,tapi mereka ada kesedaran yang tinggi.

Aku tahu aku tak ada duit banyak,jadi aku menyumbangkan tenaga aku untuk membantu mereka,mungkin dapat saham sikit kat akhirat nanti. aku tolong masak untuk makanan tengahari dan petang.Alhamdulillah,mereka makan setelah habis belajar Al-Quraan. Sejuk mata dan hati tengok diaorang belajar dengan bersungguh-sungguh.Terbayang wah inilah taman syurga. :)

Ketika ni  mereka menumpang di sebuah surau lama yang diwakafkan,sementara menunggu bangunan sekolah dibina di tanah wakaf yang diberi oleh Seorang Hamba Allah,sangat baik orangnya,semoga Allah merahmati beliau,amin.Kalau ada orang yang baik hati nak derma untuk pembinaan sekolah tu sangat bersyukur,dan lagi cepat sekolah mereka siap.surau yang mereka duduk sekarang tu memang dah dhaif ,rumah kayu dan batu ,dengan hasil derma orang ramai alhamdulillah dapat membaik pulihkan lebih selesa untuk pelajar-pelajar walau tak sepenuhnya.

Seorang Hafiz dapat memberi syafaat kepada Ahli keluarganya,Itu yang aku selalu dengar ,Harapan aku agar sekolah tersebut terus maju dan menghasilkan para Hufaz yang berilmu .Amin.

Nanti aku buat update perkembangan sekolah. Siapa-siapa yang rasa nak derma walaupun 10 ringgit  5 ringgit malah seringgit pun sangat dialu-alukan,boleh contact aku di blog ini.itu semua untuk dapat saham kat akhirat sana,insyaaalah.Amin.

No comments:

Post a Comment