Nak beli tepung kek!

Friday 7 September 2012

Makan di Khao by RamaV,Setia city Mall.

Salam mesra semua. Sempena kebosanan yang melanda diriku ini  tiba-tiba, jadi dengan tiba-tiba aku meng'hupdate'kan blog ku ini dengan kisah makanan yang terkini dimana aku pergi me'ngap'kannye bersama kawanku. Kali ini aku  pergi ke satu restoran Thai yang agak menarik untuk di kunjungi sesiapa sahaja.

Restoran ni ada kat dalam Setia City Mall * Tempat lain aku tak tahu la kan*bersebelahan dengan Seoul Garden,**Taklah sebelah sangat,selang sebuah kedai lain**, Restoran ni agak exclusive gitu,cantik,sedap mata memandang,makanan dia pun sedap,kena dengan selera jugaklah,harga dia pun hensem bagi aku,tapi bagi orang yang berduit bese je kot,mahal lagi SR yang jual kek tu,emmmm... Aaaa apa?korang tak pernah dengar dan tak tau akan Setia City Mall ini? oh senang je,meh sini aku terangkan sikit.

Terletak di Setia Alam  diantara Meru dan Shah Alam, Setia City Mall merupakan Mall yang terbaru dibangunkan dan akan menjadi popular agaknya bagi penduduk Klang dan Shah Alam.Bagi aku yang dah bosan dengan JJ bkit tinggi, Setia city Mall adalah pilihan aku waktu ini yang mana amat sesuai untuk aku menyegarkan mata.Aku rasa konsep dia macam Alamanda sikit.apa yang best kat tingkat bawah dipenuhi dengan kedai dan kiosk makanan,seperti KFC,MCD,Nando's,Seoul Garden,Delicious,Hot n Roll,amos famous,dan banyak lagi ***aku sebut yang popular di mata aku je***,korang harus pergi sendiri la kan..kalau nak makan-makan pastu nak tengok wayang bagai kat tingkat atas.


Disebabkan aku banyak membebel,moh le aku Menyegarkan mata kalian semua dengan makanan di satu restoran Thai bernama 'Khao'.Pengambaraan makanan aku bersama kawan-kawan adawiah dan sarah.Huhu.


Ni Menu dia,cantik!


Nampak tak? Deco dia memang indah,dan gambar makanan kat dinding tu memang ada,nasi dalam mangkuk,tomyam,dumplin bentuk bunga,makanan satu set.meja dia sebelah tepi ni  pasal kitorang duk situ.


Kitorang order yang set punya,ambik yang kuali atas api. Best betul,terasa kebatakan melanda, aku dan kawan aku sarah mula-mula nak ambik set yang takda kuali,macam nasi ayam la,tapi disebabkan tengok takda kuali atas api,kitorang pilih set yang lain
**yakni yang ada api la..** hahaha


yang ni sarah punya, Set dia nasi semangkuk,ada telur mata kerbau,(nasi dia sedap hokay) ##obses la tu##
dia pilih atas kuali tu seafood red curry ..memang sedap la.pastu ada sub bebola. kerabu mangga,udang tempura berbentuk itik,**sayang nak makan** dumpling bentuk bunga orkid kot.**makan sikit sebab tak minat**.dan buah tembikai. harga dalam RM22 camtu.Air order lain.


Ni adawiah punya,sama je cam yang atas cuma lauk atas kuali tu ayam kari kuning.


Air Jus epal adawiah ,ada serai,aku dengan batak keluarkan serai tu dan bau. emmm tak bau serai lansung,bau wangi epal.huhu.


Yang ni aku punya la,tapi tak nampak dalam kuali,ambik daging goreng pedas je kot.


Nampak habis licin kami makan pinggan sekali..lebih la kan.. mana ada ..dah habis je makan orang tu terus ambik bekas semua.dalam hati aku pikir,emm tak cukup pinggan agaknya,lagi-lagi yang kuali api tu..hahah tak tau lah..mungkin itu cara dia kan.

Begitulah kesudahan entry kali ini. Makan dengan kenyang dan kami pulang sambil beli Hot N Roll, Donut Krispy Kreme,dan adawiah takkan tinggal air Chatime dia.aku pun tak tau apa yang sedap sangat..hahah sori dawiah.** aku tak suka buah selasih dia yang besar sangat tu la..tersedak aku** hehehe



1 comment:

  1. Waaaaah...mkn bsr nmpk,tgk cam best gak tp kal nk g maap la...x th jln area klang..

    ReplyDelete