Nak beli tepung kek!

Sunday 26 April 2015

April, Gst, dan aku.

Setahun sudah belum,tapi hampir.
Tahun ni buzy u..
Dengan kerja,dengan sakit.
Huh..mencabar.
Kena banyak dekat dengan Allah ni.
Harap mcmtu.
Rindu nak sihat, nak masa kosong lama.
Tapi semua dulu dah rasa.
Sekarang rindu nak kahwin.kih2. Itu TERINGIN bukan rindu. GATEI.

Wednesday 27 August 2014

Lewat

Aku bangun awal, tapi dlm kul7 cmtu bdan tiba2 rasa letih sgt x leh bangun, hmmm aku pun mintak la kat bigboss nk dtg lewat.
So aku mmg lewat
Kul 10 baru smpai.. 22 sept nnt psra, doakan ank murid ku..

Monday 25 August 2014

Hari yang penat

Hari aku agak penat
Kelas banyak.kena ganti lagi.
Masuk kelas akhir, aku tak berdaya dah. Aku lukis kat papan tulis kawasan skolah, suruh murid lukis balik.Aku tunggu dorang siap, aku yang tidor.
Balik pkul5, balik2 terus baring.
Bummmmm...

Saturday 23 August 2014

Hari aku 2014

Dah setahun lebih tak update apa2, tapi Alhamdulillah. Kehidupan aku lebih baik sekarang. Masih baking, tapi aku dah ada kerjaya mendidik juga. Aku mmg suke dgn life aku skarang. Syukur ya Allah, wlupun tak banyak, tapi aku happy.

Ni dah after raya mestilah baraan, harini 24 ogos,  nak g beraya rumah kawan. Baru nak pergi. Tapi duk risau berat yang naik smpai 60, esok memang tekad, nak mula diet, cuma terpikir nak diet atkin or rendah kalori.
Ok nnt aku sambung citer lg. Adiosss..

Wednesday 6 March 2013

Journey To The Trolak.

Ate tiba-tiba teman nak cakap peghak ler pulak,idaklah teman lahir kat sana,arwah ayah teman je,lahir kat malim nawor tu,Atuk opah pun teman dah lama arwah,teman tak sempat nak nyembang la,ni pun tau sebab selalu balik sana dengar acik angah acu yang bercakapnye..gatei...ko tu Kalau balik dari mana-mana memang terasa poyo sahaja kan..

Hari Jumaat lepas aku n family pergi ke Trolak Perak,anak Acu aku nak nikah sabtu tu.Petang jumaat kitorang bertolak dari Klang,dan sampai dalam masa 2 jam. Sewa kat sebuah homestay yang memang selesa,aku takda gambar,pasal pakai hanset murah,hanset mahal aku 2 tahun lepas ada orang ambik dan jual,pejadah.. Homestay tu umah batu je,tapi memang best sebab ada 4 bilik cukup untuk keluarga aku,aku n mak aku kongsi la sebab ktorang ni je kan single.kahkahkah(sedih). malam kitorang ke rumah sepupu di Felda Residence nak tolong apa yang patut,dan memang patutla,sebab abang ipar aku malik bawak kete besor , dia leh bawakkan goodies yang memang banyak.Jadi kami semua memang kena pergi buat persiapan dewan.

Dewannya pulak rupanya  dekat ngan homestay kitaorang,memang patah balik la ni. jadi tak sempat nak menyembang kat rumah acu tu, kat dewan je la dengan sepupu kak aini yang nak nikah tu .Jadi yang ada ,aku ,akak,kaklong,kaknim,abang bie,abang malik,ngah,dan anak-anak mereka lah .kitorang sibuk masukkan dalam bag tu kerepek yang kaklong bawak ,bawak last minute kan,buatlah kerja ,malam tu.Memula aku buat ngan kak aini ,kaklong,kaknim,akak,sekali la. pehtu kaknim rehat sebab dia mengandung takleh la berdiri lama,aku malas nak berehat aku buat straight je,Kan aku je tak kawin lagi,so aku lah yang kena buat banyak.(memang selalu kena camni kat mana-mana) hahah aku tak kisah la,best apa tolong mengeratkan silaturrahim.Kakak aku pulak,2 orang tu,kejap ada kejap takda,tengok-tengok hilang dah kejap,dorang buat mesyuarat ghupenya.kui3.sabor je la. Pehtu datang balik,selang 10 minit,Hilang balik.Mesyurat lagi..HAHAHAHA.(Siyes aku ketawa betul ni)
Permulaan yang semangat 2 sepupu kakak dan bakal pengantin.
Kaklong semangat
Abg bie dan Kaklong semangat
Kami semangat. YEAH.
Dah hilang semangat,Mesyuarat jap.
Ok datang balik semagat kakakku.

kendian sampai kul 11.30 selesai sume,kitorang tetibe lapar,cari kedai makan kat kawasan tu,ada medan selera,tapi ada satu kedai je bukak,Tapi sayangnye,hanya minum je,makan takda,Orang tu suh pergi kedai lain.Dia kata memang ada kedai,tapi jauh sikit la,3 KM dari tempat tu ,Dia bagi Arah supaya pergi kat simpang Tepik lite,Nampak gerai buah,Masuk dalam tu,1km nanti akan jumpa kedai makan.So kitorang lapar,ktorang pergi la jugak malam bute gtu,gigih kan. Teruskan perjalanan sampai jumpa Tepik lite tuh. Kami yakin,dan corner ke simpang kanan,Masuk je jalan tu,.....terkejut sebab kelapa sawit je.Jalan punya jalan kelapa sawit lagi.Dalam hati masing-masing dah berdebar... Terjadi perbualan.(Kitorang ada 3 kete ye.aku naik dengan Kaklong and abg bie yang lain 2 kete follow belakang)

"Abg bie btul ke kita jalan ni ,hutan je tengok"

"Betul dah ni kalau ikut orang tu cakap,tapi memang tak nampak apa ni, Mesti akak ko kat belakang cakap macam kita jugak ni.hahaha"
 
Aku pun senyap je la.Tapi akhirnya...dalam 1 km pastu baru jumpa kedai. kedai kg, ala-ala warung kampung pisang la pulak aku rasa, kitorang nampak ada 3 4 budak laki orang melepak. Kitorang sume pun nekad untuk turun jugak sebab lapar. Disambut dengan layanan indah oleh tokey kedai,layan baik punya..hahahha.Abg Badli namanya,dia kata ha meh sini duk meja besar,sebab ramai kan,dan dia ambik order,dalam dia ambik order terjadi perbualan Ngah aku and abg badli.

 "Emmm Abg Badli???"sambil tunjuk ke arah abg badli.

"Ahhhh ye saya abg badli,ishhh kenal ke ni? Lupa la,kat mana ye?"abang badli risau dia tak mengenali orang.

"Ahhhh tak saya tengok buku menu ni,ada nama abg badli" pang..amek kau,sengal,Ngah dengan sengih nye selamba tunjuk menu. 

"HAHAHAHAHAH"abg badli dan yang lain serentak ketawa.

"Ahh abang ingat kenal,takut la tak cam orang,sebab dulu abang pernah kerja bla bla bla (aku tak ingt) kenal ramai orang"

Abg badli berlalu pergi.dan aku pun cakap kat Ngah.

"Hahahah Ngah ko main-mainkan abg badli ye.ingat kenal betul"

"Hahaha bukanla,Aku ingat nak tanya,ni ke abang badli,dah tengok menu kat situ,nak confirmkan  tu ke abng badli,tak sangka lain pulak jadi.hahah,sebenarnya aku nak tanya la sebab aku tengok nama dia macam tak match je ngan tuan dia, Kahkahkah"

"Sengal ko Ngah.. "

Dah namanya warung kan,bukan kedai siam oi,cuba bayangkan korang order,tomyam,nasi goreng pataya,kampung,ikan masin,kat warung pak jabit ya iyalah takkan sama,Pekerja abg badli buat je sume,tapi rasa tak sama la,RASAKAN. Tapi walau tak sama,sedap je..Huhu.Dalam sibuk menunggu kitorang menyembang tak patut.

"Eh korang rasa kedai ni betul ke,aku takut la sikit"

"Haa aa Abg bie,ntah kedai ni dah la dalam hutan,ntah-ntah esok pergi tiba-tiba takda" 

"hahah betul la ,depan sana ada satu lagi,ada karoke situ,sini je la,jumpa yang ni dulu."

"Ntah-ntah esok pergi kedai ni dah usang rupanya berabuk"

"Ok lagi tu,tapi kalau kita pergi rupanya kubur???"Ngah tambah,

"Arghhhh takutnye"aku tetiba ngengada.

"Ataupun maunya esok kita datang lagi,Kita jumpa la makcik kat kg ni pastu nanti makcik tu cakap, "Laaa Abg Badli baru je takde pagi semalam" " Abg bie sampuk.

"Arghhhh,Hahahaah" semua konon takut,ketawa je la.
 
" Kak,cuba ko tengok abg badli,serius je"

  "Ngek la ko"
 

    Kitorang makan dengan aman sampai kul 1 pagi,ok la tu, sambil bersandiwara akibat pengaruh majalah mastika .takdanya eh nak pergi cek balik esok. Abg badli tu betul la,baik je.ye KAMI YAKIN.(tetiber) Hahahaha.
 

Esok kitorang siap-siap nak pergi kenduri kat dewan,aku kena bagi goodies, sebelum tu Abg malik beli Nasi lemak perak yang 50 sen,adoi sedapnya,sikit-sikit pun sedap, Beli sepuluh makan satu rasa cam tak cukup.masing-masing pandang  antara satu sama lain.Pandang nasi lemak lagi bila dah habis satu. terutama aku dan abg bie.hahahah.

"Emmm macam tak cukup je,emm boleh tak tambah satu lagi" aku mulakan.

Semua suke je.

"aku tak nak,nanti nak makan  kenduri lagi"kakak aku tak mau.

"ye la aku pun"kaklong jugak.

dorang seolah-seolah mengingatkan aku supaya tak ambik jugak nasi tu. jadi serba salah aku. ambik karipap lah,tapi mata aku masih memandang nasi lemak tu...Aku tau bukan aku sorang je yang rasa camtu, Abg bie pun sama.

"sedapnya nasi lemak ni" aku pegang.tak berani bukak lagi.

"Tak payah,nanti Majlis nikah makan mihun,kenduri lagi"

"Emmm ye la" makan karipap lagi.

Dalam hati aku ,tau tak nasi lemak tu sedap,nasi lemak kampung 50 sen memang sedap,nanti balik susah dah nak dapat. emmm takpelah.nanti apa kata mereka,melahap je aku ni.hahahah.

Dorang pun sembang-sembang benda lain apa tah kan. Pehtu dalam menyembang tu,abg bie paling semangat bercerita,tiba-tiba Nasi lemak dah terbuka kat depan dia.

"Woi abg bie"  aku and akak tak puas hati,yang lain ketawa.

"Aaaa abg bie tak tau,tiba-tiba je spontan terbukak nasi ni,"

Hahahahah aku tau dah abg bie lagi la mana tahan makan nasi lemak cetoek tuh..

"Orang dah agak dah abg bie"takpelah,makanlah untuk orang sekali,Pasrah betul aku.

Aku pun malas gak sbnrnya sebab memang akan makan benda lain,tapi Nafsu nasi lemak kampung der..
 

Inilah rupa sebenar Nasi Lemak yang disebut-sebutkan itu.


kul 9 kitorang pergi surau kat felda residence untuk sesi akad nikah,selesai,kami makan mihun.dah kenyang dah.. dah makan tu balik dulu rehat kejap,dan kul 11 kami ke dewan,sembang-sembang jumpa saudara,mak chor,mak nyah,mak apa lagi aku tak ingat,wakaka. Tapi best la sume baik. kami pun makan la.sedap-sedap lauk katering,ayam masak merah wajib,nasi minyak,and lain-lain.simple je semua ,tapi best.. 


selamat pegantin baru Kak Aini dan Alias.

 Kitorang balik dalam pukul 2 gitu,Pastu singgah ulu bernam beli putu beras aka putu perak. Tapi kecewa sebab tak sedap macam putu yang kami tempah kat sorang makcik di Malim Nawar.Yang tu memang terbaik. Lembut je tak macam ulu bernam punya memang liat,dah sejuk keras. Kalau yang putu beras Malim Nawar ya ampun lebut cam putu piring biasa tu,tapi lemak-lemak makan dia sebab kulit dia beras dan kelapa garam intinya.memang cukup rasa.
 
Dah sampai rumah,Aku angkut barang yang patut, Yang sedihnya mata aku tertangkap satu kelibat barang berharga.Ye...Itulah Nasi lemak 50sen.Aku dengan perlahan pegang dan berharap masih elok.

"Abg bie,Ni Nasi Lemak Abg bie"aku bagi abg bie.tau la dia pun nak sangat.

"Ya Allah.. " Dia ambik dan Bau.

"Pui..DAH BASI"

AKU:ARGHHHHH KENAPA KORANG HALANG AKU MAKAN DIA TADI....

HAHAHAHA THE END. 

 

Tuesday 12 February 2013

Delicostyle

 



Entry ni aku nak cerita pasal Business aku je . Aku buat tempahan makanan,seperti gambar-gambar kat bawah,Kalau korang rasa gerenti sedap la,sbb aku bukan jenis nak kurang-kurangkan bahan,memang aku bagi betul-betul kualiti. Macam Red Velvet tu,Cheese dia aku mmg tak kedekut, Makaroni bakar lapis demi lapis diselangi 4 jenis cheese dan Sos daging, and lain ada lagi la.Bagi aku ,kepuasan pelanggan penting dan bila dorang rasa sedap,memang buat aku gembira,kalau tak sedap,aku cuba lagi buat terbaik. Beroperasi di Telok panglima Garang,Kalau kat sini dorang self pickup la. Kalau cam Shah Alam,Banting,KL,ke aku buat delivery berbayar.
















OK SEKIAN.BOLEH LIKE DELICOSTYLE  PAGE KAT ATAS TU BAGI SIAPA YANG TERINGIN NAK TEMPAH.TQ.KBAI.

Tuesday 22 January 2013

Sekolah Tahfiz Taman-Taman Syurga,Semua Mahu.

Assalamualaikum w.b.t

Semalam 22 Januari 2013 hari Selasa aku pergi Sekolah Tahfiz yang baru dibuka oleh Kakak dan abang Iparku di Telok Gong,Selangor.

Sekolah tu baru beroperasi dalam 4 hari ini,dengan pelajar hanya 6 orang setakat ini.Alhamdulillah sesungguhnya semua urusan dimudahkan Allah Taala apabila kita nak buat benda baik.

Kebanyakan pelajar tersebut boleh dikatakan semua dari kalangan orang-orang susah.Abang aku buat yuran memang yang paling murah,sesuai untuk semua.Aku kagum dengan mereka,bersungguh datang belajar walaupun susah.Hari pertama mereka datang sekolah dihantar ibu ayah.

Ada antara ayah mereka buta,ada yang ayah sakit strok,Sakit jantung,tapi semangat mereka untuk melihat anak berjaya dunia akhirat sangat tinggi walaupun mereka susah. Aku bukan menghina atau merendah-rendahkan mereka ,tetapi aku sangat bangga dan kagum melihat ibu ayah yang macam tu,aku memandang tinggi mereka.rupanya semua manusia tak kira la apa pun perbezaan tetapi hati tetap sama nak hantar anak sekolah tahfiz untuk menjadi seorang Hafiz/Hufaz Insyaallah.Amin ya rabbalalamin. Walhal mereka boleh je nak hantar anak sekolah biasa,tapi mereka ada kesedaran yang tinggi.

Aku tahu aku tak ada duit banyak,jadi aku menyumbangkan tenaga aku untuk membantu mereka,mungkin dapat saham sikit kat akhirat nanti. aku tolong masak untuk makanan tengahari dan petang.Alhamdulillah,mereka makan setelah habis belajar Al-Quraan. Sejuk mata dan hati tengok diaorang belajar dengan bersungguh-sungguh.Terbayang wah inilah taman syurga. :)

Ketika ni  mereka menumpang di sebuah surau lama yang diwakafkan,sementara menunggu bangunan sekolah dibina di tanah wakaf yang diberi oleh Seorang Hamba Allah,sangat baik orangnya,semoga Allah merahmati beliau,amin.Kalau ada orang yang baik hati nak derma untuk pembinaan sekolah tu sangat bersyukur,dan lagi cepat sekolah mereka siap.surau yang mereka duduk sekarang tu memang dah dhaif ,rumah kayu dan batu ,dengan hasil derma orang ramai alhamdulillah dapat membaik pulihkan lebih selesa untuk pelajar-pelajar walau tak sepenuhnya.

Seorang Hafiz dapat memberi syafaat kepada Ahli keluarganya,Itu yang aku selalu dengar ,Harapan aku agar sekolah tersebut terus maju dan menghasilkan para Hufaz yang berilmu .Amin.

Nanti aku buat update perkembangan sekolah. Siapa-siapa yang rasa nak derma walaupun 10 ringgit  5 ringgit malah seringgit pun sangat dialu-alukan,boleh contact aku di blog ini.itu semua untuk dapat saham kat akhirat sana,insyaaalah.Amin.