Nak beli tepung kek!

Friday 6 May 2011

Ujang dan lawak-lawaknya..

Teringat pula kisah kecik2 dulu suka baca majalah Ujang.kebanyakannya  semua orang kat malaysia ni mesti tahu kan tahap lawak ujang ni macam mana. Bagi aku dulu ianya boleh mengiburkan hati aku sewaktu malas nak baca buku sekolah..hahahah..Tapi sekarang rasanya Ujang dah "kurang boleh" menghiburkan hati aku..aku pun tak tahu kenapa..adakah kerana tahap IQ sewaktu kecil berbeza apabila dewasa?boleh jadi jugak sebab kecik2 dulu tengok orang ketawa sikit kita dah ikut ketawa..walhal benda apa tu kau nak ketawa? comel......


Berbalik kepada majalah ujang,antara lawak-lawak yang diingati ialah:


~ Apabila Tok Moh berkonflik dengan geng2 hantu yang tak sedar diri seperti Toyol,Lampor,Jepun,dan Pocong..bermacam-macam tema pada setiap siri mereka akan lakonkan..mengikut keadaan..contohnya time puasa nak ke raya tu adalah kisahnya..time merdeka terserlahlah patriotik hantu-hantu tersebut,dan time bola tiba-tiba boleh lepak ngan tok moh sekali tengok bola..mereka juga sentiasa gagal menakutkan orang2 yang lain..huhuhuhuh..


~ Kisah Benar dari kartunis Bawang tak silap...ada satu siri tu tajuk dia "mencari damai yang hilang" bagi yang  membaca tajuk akan mengagak bahawa ini mesti cerita masalah hidup,tetapi di akhir cerita semua sudah   tertipu kerana damai yang hilang itu adalah nama orang yang hilang..(mencari damai yang hilang*damai*adalah nama orang)huhuhuhu..bagi aku ini begitu tragis kerana aku rasa tertipu dan aku suka main lawak2 balik dengan kakak aku dari kecik sampai ke besar pasal kisah ni..hehehe

~keluh kesah bersama kak esah semuanya berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh pembaca dan akan "dibantu" oleh kak esah ..(kak esah memberi pendapat yang amatlah bagus sampai kalau korang baca rasa nak tampar 20kali berlainan pipi laju2 ) tapi saya ada satu kes ni ,budak tu mengadu pada kak esah yang dia dah bosan sangat kerana hidup dia dari kecik sampai besar tak pernah ada masalah..pernah juga dia mencari-cari masalah tapi tetap juga tak ada..(oh senangnya ..)..tapi dia dah pening kerana hal ni..Kak esah dengan senang hatinya menjawab.."Adik..sedarkah adik bahawa adik mencari2 masalah tetapi tak jumpa dan adik mahukan masalah ,tahu tak adik..ini lah "masalah" adik..tahniah kak esah ucapkan kerana adik dah berjumpa dan menyelasikan masalah adik.."..????? Hehehehe..itulah keluh kesah kak esah..ada banyak lagi.

Hmmm ingat yang ni aje..Tapi itu semua hanya hiburan semata-mata.





No comments:

Post a Comment