Nak beli tepung kek!

Thursday, 17 January 2013

Kucing Meroyan

Oh hai,walaupun aku cakap aku nak update pasal aku untuk hari rabu,tapi aku update untuk hari khamis,mungkin ia termasuk hari rabu jugak,kalau tak nak baca boleh pejam mata,atau goyang-goyangkan mouse korang ke mana-mana tanda star ,boleh bookmark.oh ok aku  perasan!!

'KUCING' Perkataan yang sangat biasa bagi aku,mungkin korang pun biasa.Itu satu fakta,Lainlah Singa ke harimau korang nak kata biasa memang korang boleh pergi tanjung rambutan.( ayat sangat typical)

Disebabkan harini Jumaat,aku nak cerita pasal kucing aku, i mean kucing yang yang ada kat rumah aku.Ok aku jujur ,kucing tu tinggal kat atas bumbung rumah aku.

 Dia menumpang kat bumbung rumah aku sejak atok moyang mereka lagi, mungkin jugak moyang kepada atok dia punya moyang. Hah penat kan otak korang nak digest ayat ni.takpe cuba perlahan-lahan.Dah lama sangat dah mereka duduk atas bumbung tu,tak silap aku dari tahun 1998.Aku dah tak ingat kucing mana yang mulakan penempatan kat situ.Bermacam-macam gaya,bermacam-macam warna,yang pasti tompok coklat dan oren dan sebagainya.

Atas bumbung tu lah mereka makan ,minum,berkawan mungkin,berlepak mungkin,atau menonton television,(ye kadang-kadang aku pernah terpikir nak pergi mengintai rumah dorang ada tv kah??) Bercinta,berebut kekasih takyah citer lah penat aku dengar jantan-jantan yang  bersuara miang,tapi semangat mengawan tak pernah luntur. benda-benda macam ni la  buat aku geram dan aku dengan hanginnnya membaling selipar yang ada dengan menjerit sekuat hati,kalau tak kena lagi,aku ambik terompah,oh yang tu aku tipu,terompah takda kat rumah.emm.aku ambik selipar lain.

After that,mereka making love dan beranakkan  anak-anak yang comel ,sepupu,anak sepupu,anak madu,i mean anak tiri mungkin,cucu ,cicit,ye aku rasa mereka kebanyakkannnya memang sempat dengan cicit mereka.tapi dorang sumbang mahram...errr tak kisah,sebab dorang binatang,kalau manusia memang neraka.

Nak ikutkan sebelum ni rumah aku ni dah setahun setengah aku tinggalkan sebab kerja kat Shah alam,So bila aku mula duk balik,masih ada lagi kucing-kucing,mungkin keturunan yang ke-18 atau mungkin lebih,yang pastinya semua dah bertukar warna,ada dua tiga ekor semua warna oren.Dan semenjak awal-awal tahun ni dorang berjemaah pulak beranak.adoi ketensenan dalam diri aku.

Ada satu malam tu aku tgh melayari internet di meja makan,kemudian tiba-tiba ada kucing oren selamba jalan depan aku,tak takut pun nampaknya ,selalunya takut kalau nampak aku,kelam kabut lari ,ini tak,jadi mudah kerja aku nak halau dia,then aku halau,esoknya perkara sama berulang,aku jadi pelik kenapa dia asik masuk rumah aku.dengan lenggang je kalau berjalan.aku biarkan je la.

Tapi pada suatu pagi aku dengan mak aku jumpa anak kucing tak buka mata lagi duduk dalam kabinet dapur,sekali dengan kucing yang aku selalu nampak semalamnya. Hmmm patutla.kau yang lambat nis. sape yang cerdik sebenarnya ni.huh aku pun apa lagi jerit dengan sekuat hati, "kau keluar sekarang".Kucing tu dengan takut-takut tak nak berganjak,mungkin dia takut aku ambik anak dia.Mak aku cakap biar lah dia ,nanti mak dia keluar kita bawak anak dia letak tepi rumah.

Dan seperti yang dijanjikan kami letak kucing kat tepi rumah dtutup dengan plastik. Esok aku tengok dah takda,kena makan anjing,auwwwww aku tau tu,tapi aku bukan sengaja,tak ingat pun anjing-anjing berdebah tu. Dan sekarang mak kucing tu asik masuk rumah meroyan cari anak,argggghhh dia sondol pintu kabinet sampai jatuh barang,2 hari dah dia buat macam tu..ahhhh korang tau tak AKU YANG NAK MEROYAN SEBENARNYA...argggghhhh... Astaghfirullah. hmmm KBAI.

2 comments:

  1. Kejamnye letak baby cat kat luar rumah.. biarlah mak dia alihkan..

    ReplyDelete