Nak beli tepung kek!

Saturday 12 May 2012

Berjalan ke Yaman

Yemen Map ( google)

22 April yang lalu aku melangkah dengan senang hatinya pergi ke negara orang hasil bantuan orang yang mulia menderma atau bersedekah untuk membeli duit tiket. Aku pergi ke Negara Yemen.Setibanya di sana aku taklah terkejut dengan keadaannya.kerana orang yang duduk di sana dah bagitau awal-awal tentang cuaca dan budaya di sini. Aku tiba di Sanaa waktu malam dan teramat sejuk.tapi tak ada kamera (dukacita),dan pagi esok pula aku bertolak ke seiyun,so di sanaa memang tak sempat pergi mana-mana.
Kota Seiyun ( google)
Sampai di Seiyun,aku dapat melihat kebesaran Allah di mana keadaan bentuk mukabumi yang pelbagai dalam satu Negara.Di Sanaa tak banyak kelihatan pokok ,cuma penuh dengan bangunan,tetapi cuacanya sejuk macam di Cameron Highland,dan di Seiyun pula dilihat dari atas memang penuh dangan pokok-pokok tetapi cuaca agak panas. Pokok kurma banyak kat sini.dan air tetap ada berterusan walaupun panas.itulah sebab mungkin di panggil wadi hadhramaut.
Sawah padi.. >eh bawang<

 Depan pokok inai,pokok bawang tengah,dan pohon kurma di belakang.
 Bandar
Di bandar Seiyun kelihatan sesak dan paling utama hanya muka lelaki je tercangak di merata-rata tempat
NO WOMEN.
kedai makan (Dapur belakang)
Kami makan di sebuah kedai ,tapi disebabkan kami perempuan kena pergi belakang makan sorok-sorok dalam bilik yang disediakan.
 The best Nasi Arab<EVER
Daging kambing goreng
 tu daging kambing,tapi subhanallah,sangat sedap tak rasa hamis pun dan manis je.
kat sana guna anak kambing,tu yg sedap je walau digoreng dengan garam je.

Setelah selesai makan ,aku pergi rumah abang di Tarim ,kota yang terkenal dengan para wali Allah..semuanya kebanyakan alim ulama di sini ahlu bait. no wonder la.
Welcome to Tareem.

Rumah-rumah di Tareem.

Di waktu pagi
 See,Perempuan kena camni kalau keluar umah (yang sepatutnya la)
FYI,kat sini memang perempuan kena pakai furdah,pakainya pula kena tutup kening sekali.hehehe.pakaian mesti berwarna hitam sahaja.Colourful takda.Kalau kita kat mesia ni mau meroyan cenggini,tapi itulah,kat sini kes jenayah memang boleh dibilang dengan jari,mereka takut nak buat jahat ,ada satu kes disebabkan ada pasar di suk,kemudian ada yang berzina dan pasar terus ditutup, orang yang buat jahat tu diREJAM. yup ,kat sini menjalankan hukum ALLAH.see,nampak tak perbezaan? Negara yang membangun dan tak menjalankan hukum ALLAH,terima la yang sepatutnya.tapi yang sedihnya kita yang tak buat apa takut terkena,nauzubillah..
Gerai buah yang sangat sweeeeeeeeeetttt...paling sedap Syamam(Sunmelon)
Pohon Kurma di tepi rumah :)

to be Continue...

No comments:

Post a Comment