Nak beli tepung kek!

Thursday 19 July 2012

Terlepas Flight

   Setelah aku meniliti Title untuk post kali ni ,aku dapat rasakan Tajuk Entry aku kali ni maybe sama jugak dengan beberapa blog lain hahaha ,lantaklah kan,pasal semua mengalami benda yang sama...Disebabkan aku amat berdukacita dengan aku punya keterlepasan flight petang tadi.Sedih nan hado.aku pun tak tau ayat apa ni kan. So aku nak cerita la sikit, alkisahnya macam ni,(sesi luahan hati).
    One day..boleh blah la dengan one day kan..mesti kena mulakan cerita yang geram camni..."EEEEEEE GERAM BETUL AKU BOLEH TERLEPAS FLIGHT NAK PERGI KELANTAN " Nape la AA ni  tak bagi aku chek in walupun 20 minit lagi. ,biar salah aku pun..dan undangnye ye memang 1 jam sebelum tu,nak jugak aku cakap korang memang tak berhati perut..ngeh ngeh ngeh.Dari rumah patutnya akak aku hantar 2.30 dari  banting ke lcct smpai pukul 3.30, tapi alkisah kakak aku mengada ada hal pulak,pukul  3.00 la pulak dia nak bertolak.Aku pulak tak tau lagi kena chekIn sejam sebelum,so ikut je la akak aku (walhal aku pernah dengar pasal chek in tu tapi aku macam konfius sikit) so aku biarkan je la..kakak aku siap cakap..ala sempatnya..hmmm sempat la sangat,sampai-sampai pukul 3.55 aku jalan nak g kiosk 5 minit dah kul 4.00,isi  booking number,dia tak bagi dah then aku pergi kaunter AA situ dah 5 minit ,Dia bagi surat suh pergi kaunter R68,dah 5 minit,dah pukul 4:10 ,tapi dia kata tak jamin ye kak,aku pun buat ok je la and bergegas ke tempat yang dia suruh, sampai je kat kaunter tu tengok orang berderet menunggu,ini kes terlepas Flight jugak ke,memang pun,so aku tak sampai hati nak potong barisan yang berjela tu,jam pun dah 4:15.Flight aku berlepas adalah 4:25..you see.
     Aku dengar penerbangan aku dah nak berlepas,semua dah masuk gate.emmm pasrah la aku dalam hati aku mula berkata-kata,apasal tak bagi aku tiket tu je,kan senang,aku bukan bawak bahan bakar untuk bakar orang pun kan..selepas tu dengan muka masam aku berjalan perlahan-lahan menuju ke luar(nak nangis sbnrnya,tahan bagai)..aku terasa kemasaman muka aku macam nenek tua.Aku tunggu akak aku yang tak balik lagi,sebab sebelum tu aku dah warning awal-awal kalau aku tak tepon lagi ,maksudnya aku ada masalah la tu.aku dah agak sebelumnya.tapi agak-agak dalam berani .buat jugak kan..
     sampai je akak aku kat situ aku masuk kete dia,aku tunduk je dan nangis,ala nangis ni memang hiba betul aku rasa,pasal aku rasa  macam pelakon korea choi ji woo tu nanges mata terbuntang tapi air mata tap tap tap tap jatuh gitu..so aku pun feeling camtula kot..pastu ada la bunyi cam hingus kat hidung nak tarik nafas tu..pastu akak aku kata,dah la sok sek sok sek tu..hahahahah...sabor je la..Sampai umah anak buah aku pulak cakap,aaa kenapa ciksu macam pontianak..(celak+air mata) lagi sabor ....hi3...moral of the story,lenkali jangan mengharapkan orang dah,Mengharapkan Allah Talla yang Wahid sahaje..

Wednesday 4 July 2012

Bahasa Arab Bahasa Syurga

      Harini Tak tau la nak tulis apa,gambor makanan yang latest pun takda,tapi cerita daripada otak je la boleh aku kongsikan kat sini.Dah masa senggang macamni aku gigih ingat balik pengalaman aku jadi cikgu. Siapa-siapa yang jadi cikgu mesti setuju dengan aku bilamana kepuasan seorang cikgu ialah bila murid faham dan praktikkan apa yang kita ajar seterusnya berjaya.Guru yang sebenar adalah macamtu.Bila aku mengajar,aku akan cuba rasa perasaan menjadi murid pula,kat situ aku dapat faham perkara yang mereka mahu dengan cara apa dan apa dan apa. Aku berpengalaman sekolah kecik-kecik dulu kena marah dengan cikgu kalau tak pandai,siap malu kan lagi depan kelas,bagi aku tak perlu kot macamtu,maybe ada murid positif maybe ada yang negatif,tak jadi apa pun,aku tak mau macamtu.and then aku berdepan dengan cikgu yang memang marah sokmo dan maki hamun,hmmm penat dan lawak pun ada kadang-kadang,aku tak mau macam tu,Tapi ada juga cikgu yang baik,kalau kita buat salah betul baru marah,ingat nama setiap murid dan tak pilih kasih,itu yang aku mau.
        Dan bila aku mengajar,aku cuba ingat balik apa yang aku tak suka dengan apa yang cikgu buat dulu dan apa yang aku suka dengan cikgu buat. and then aku praktikkan waktu aku mengajar.Hasilnya alhamdulillah,anak murid aku semua takda masalah,insyaallah.tapi itu kenangan je la,pasal aku tak mengajar dah.Tapi nak cerita kat sini ada kejadian lucu dengan anak-anak murid yang comel.Disebabkan aku ni mengajar bahasa arab,then aku masuk darjah satu,untuk menarik minat dorang kepada bahasa arab aku pun cakap camni " Kamu semua tau tak,belajar bahasa arab dapat pahala..lepastu bahasa arab ni bahasa syurga!!" (dengan nada yang ceria dan teruja ok). Kemudian budak-budak tu pun terlopong la mata dengan mulut,dorang balas "wahhh ,iye ke muallimah,bestnye!"(tersenyum dah masing-masing).Aku pun senyum la sebab nampak dorang semangat dah,tapi tiba-tiba sorang budak pempuan comel angkat tangan..aku cakap "ye mina,kenapa?" , dia balas "muallimah cakap bahasa arab bahasa kita dalam syurga,habis tu dalam neraka pakai bahasa apa?????!!!!!"   arrrrkkkkkk sekali aku terkena da..bahaya betul budak ni,pandai sangat ni,isk aku pun tak pernah terpikir sejauh tu.aku ketawa dah time tu ,tapi aku control,aku cakap "hahaha muallimah pun tak tau,wallahuaallam,tapi dalam neraka orang semua kena seksa,sakit sangat mina,sampai takda bahasa  nak cakap dah kot" dia pun.."OOoooo" ..Hehe memang mencabar minda betul budak ni.
       Kisah seterusnya waktu masuk kelas darjah dua,tengah syok menulis dekat depan,tiba-tiba ada pantulan cahaya dekat whiteboard,dan ada sorang budak ni dia memang banyak cakap la dalam kelas,dia nampak je cahaya tu di jerit "Muallimah..muallimah...tu tengok tu ada cahaya..cahaya nabi Muhammad' astaghfirullahalazim ,yang ni aku tak tau nak cakap apa,aku pun bagitau dia.. "Ali..tak baik main-main camtu tau,nabi Muhammad kan nabi kita" aku marah-marah sayang..ki3.pandai jugak budak ni,pasal semalamnya ada program israk mikraj..patutla.
        Emmm itulah antara ragam murid-murid aku.sebenarnya banyak lagi,yang pastinya kalian semua sentiasa di hati dan ingatan muallimah..muallimah doakan semua berjaya di dunia dan akhirat.. luv u all SRIP.

Monday 2 July 2012

Sanaa

Selepas sebulan aku berada di Tarim,Hadhramwt,aku pun balik la ke Malaysia,(aku mmg gigih brcerita kisah lalu)tapi nak ceritanya kat sini,Perjalanan tu sangat adventure pasal aku balik dengan mak aku dan kami adalah "perempuan" you know  maksud  "perempuan" kat sini (malas nak terangkan,paham sendiri la kan, ).tapi di sebabkan aku malas nak ingat yang pepahit pahit-pahit,so aku skip kan cerita yang betapa best sahaja.

Daripada Hadramawt aku naik la kapalterbang yemenia untuk sampai kat Sanaa ( Capital). Sejam jugaklah perjalanan aku naik kapal terbang merentasi gurun dan awan-awanan yang tebal,sekejap langgor awan,berderau hati aku,nak-nak aku duk dekat sayap,bergoyang kapal terbang "gggrrrrr gedegang gedegung deg deg deg3x" emmm itulah bunyi yang aku dapat gambarkan. Setiap kali langgor awan,ayat kursi ni tak lepas,zikir tak henti (sedih gak bila dah selamat takda  pulak camtu,manusia ni mmg camtu) ambik pengajaran.Tapi Alhamdulillah selamat sampai ke Sanaa. Kat Sanaa abang aku dah menunggu dengan bini and anak dia.Sampai je kami terus ke Hotel Yemenia . kat hotel kami duduk situ 2 hari. ok la aku akan terus ke penceritaan makanan dan sterusnya penyopingan kat Sanaa,antaranya ialah berdasarkan gambar yang diberi...

 Roti keju telur dan kacang,ini adalah futur(breakfast) sarapan la.*ngada pergi translate BI kan*
Kami makan ni free sebab hotel yemenia yang bagi.sedap pun sedap boleh makan 4 orang.roti dia kat luar keras tapi dalam lembut,makan dengan telur rebus cicah sos kacang atau makan dengan keju hancur yang masam tapi sedap.
 ini makan tengah hari ,nasi la apalagi,nasi arab sama lauk ayam dan sayur kentang.ayam dan sayur tak pasti masak jenis apa,aku lapar balun je la.pastu dia bagi sekali dengan yogurt warna putih tu,huh dia ingat macam acar la tu..(aku yang ingat camtu)
Nasi arab kat kedai makan,skali satu set dengan daging kambing panggang
ada ayam bakar,kebab daging ,dan roti memang mabeles sebab harga rm45 je semua makan 4 orang,kat malaysia hado?hehehe
 Then aku berjalan ke Babul Yaman kota seribu tahun,
 Di lorong-lorong pasar,rasa feeling kat turki pulak(pasal teringin pergi turki)
 makanya mak aku menawar harga dengan ini budak. "kam kilo?"mak aku cakap" miah khomsun" budak tu jawab, "kiloin "(2 kilo) mak aku mintak dan budak tu balas "tamam". beli kacang je pun..
 pergi kedai lain pulak,mana tau harga lagi murah ke,cih sama aje,jangan tertipu macam aku tertipu tengok coklat yang berwarna-warni tu,"eeee sedapnya" dalam hati aku..buka dan makan sekali coklat murah dan semua sama je rasa ,kulit je nak gempak gitu.orang kata indah khabar dari rupa,.memang sangat sesuai digunakan untuk coklat-coklat ni.
tengah berjalan,tersempak dengan budak-budak ni,comel je,ambik la gambor..aku panggil dorang, "Taali",dan dorang pun tersipu-sipu datang .hehe comel.
 mainan yang dijual,cantik,tapi boleh main sekejap je la.konyot terus.

Ayam panggang kat kedai ni mmg sedap la walaweh..tapi sayang takda kuah atau sos.
 Wanita ada jugak menjual,jual roti tepi jalan.hmmm nak beli ke,hmmm.
Aku paling tertarik dengan budak-budak yang sungguh awsome nih,tolong apak dia jahit tempat buat roti kot.yang abang comel tapi siyes,adiknya comel je senyum.sekali kat bawah ada apak dia la,dapat snap satu je,takuuut...ngee..


Ok,Tamam,selepas dua hari aku kat Sanaa dalam keadaan takut dan teruja,akhirnya sabtu petang aku naik pesawat Yemenia untuk ke kuala lumpur. Perjalanan mulanya Sanaa-Dubai-Kuala Lumpur-Jakarta,sampai je kat Dubai,Kaptennya beralih arah pulak nak ke Jakarta dulu KL lumpur yang terakhir...aihhh hangin betul aku ngan kapten tu.sabor je la.seb baik aku penumpang ekonomi.hahaha.(kalau hebat tak tau la boleh buat apa).Yang seremm sangat pasal naik yemenia ni terasa kemurahan pesawat ni,langgor awan je bergegor memang macam nak jatuh betul.lagi-lagi masa nak masuk sumatera dari lautan arab or india tu..waktu tu kapten bagitau,cuaca kurang baik semua harus pakai tali pinggang,memang cuaca tak elok betul pasal semua orag jerit waktu kapal bergegar,aku ni apa lagi baca ayat tak henti-henti,memang la..Alhamdulillah,akhirnya 15 jam perjalanan,sampai lah aku ke Malaysia,Syukur sangat ya Allah.