Nak beli tepung kek!

Wednesday, 4 July 2012

Bahasa Arab Bahasa Syurga

      Harini Tak tau la nak tulis apa,gambor makanan yang latest pun takda,tapi cerita daripada otak je la boleh aku kongsikan kat sini.Dah masa senggang macamni aku gigih ingat balik pengalaman aku jadi cikgu. Siapa-siapa yang jadi cikgu mesti setuju dengan aku bilamana kepuasan seorang cikgu ialah bila murid faham dan praktikkan apa yang kita ajar seterusnya berjaya.Guru yang sebenar adalah macamtu.Bila aku mengajar,aku akan cuba rasa perasaan menjadi murid pula,kat situ aku dapat faham perkara yang mereka mahu dengan cara apa dan apa dan apa. Aku berpengalaman sekolah kecik-kecik dulu kena marah dengan cikgu kalau tak pandai,siap malu kan lagi depan kelas,bagi aku tak perlu kot macamtu,maybe ada murid positif maybe ada yang negatif,tak jadi apa pun,aku tak mau macamtu.and then aku berdepan dengan cikgu yang memang marah sokmo dan maki hamun,hmmm penat dan lawak pun ada kadang-kadang,aku tak mau macam tu,Tapi ada juga cikgu yang baik,kalau kita buat salah betul baru marah,ingat nama setiap murid dan tak pilih kasih,itu yang aku mau.
        Dan bila aku mengajar,aku cuba ingat balik apa yang aku tak suka dengan apa yang cikgu buat dulu dan apa yang aku suka dengan cikgu buat. and then aku praktikkan waktu aku mengajar.Hasilnya alhamdulillah,anak murid aku semua takda masalah,insyaallah.tapi itu kenangan je la,pasal aku tak mengajar dah.Tapi nak cerita kat sini ada kejadian lucu dengan anak-anak murid yang comel.Disebabkan aku ni mengajar bahasa arab,then aku masuk darjah satu,untuk menarik minat dorang kepada bahasa arab aku pun cakap camni " Kamu semua tau tak,belajar bahasa arab dapat pahala..lepastu bahasa arab ni bahasa syurga!!" (dengan nada yang ceria dan teruja ok). Kemudian budak-budak tu pun terlopong la mata dengan mulut,dorang balas "wahhh ,iye ke muallimah,bestnye!"(tersenyum dah masing-masing).Aku pun senyum la sebab nampak dorang semangat dah,tapi tiba-tiba sorang budak pempuan comel angkat tangan..aku cakap "ye mina,kenapa?" , dia balas "muallimah cakap bahasa arab bahasa kita dalam syurga,habis tu dalam neraka pakai bahasa apa?????!!!!!"   arrrrkkkkkk sekali aku terkena da..bahaya betul budak ni,pandai sangat ni,isk aku pun tak pernah terpikir sejauh tu.aku ketawa dah time tu ,tapi aku control,aku cakap "hahaha muallimah pun tak tau,wallahuaallam,tapi dalam neraka orang semua kena seksa,sakit sangat mina,sampai takda bahasa  nak cakap dah kot" dia pun.."OOoooo" ..Hehe memang mencabar minda betul budak ni.
       Kisah seterusnya waktu masuk kelas darjah dua,tengah syok menulis dekat depan,tiba-tiba ada pantulan cahaya dekat whiteboard,dan ada sorang budak ni dia memang banyak cakap la dalam kelas,dia nampak je cahaya tu di jerit "Muallimah..muallimah...tu tengok tu ada cahaya..cahaya nabi Muhammad' astaghfirullahalazim ,yang ni aku tak tau nak cakap apa,aku pun bagitau dia.. "Ali..tak baik main-main camtu tau,nabi Muhammad kan nabi kita" aku marah-marah sayang..ki3.pandai jugak budak ni,pasal semalamnya ada program israk mikraj..patutla.
        Emmm itulah antara ragam murid-murid aku.sebenarnya banyak lagi,yang pastinya kalian semua sentiasa di hati dan ingatan muallimah..muallimah doakan semua berjaya di dunia dan akhirat.. luv u all SRIP.

5 comments:

  1. datang la lg...bdk2 tu msh perlukan mlmh Hanis...

    ReplyDelete
  2. Mlmh Atie pun perlukan mlmh Hanis sgt2....huhuuuuu

    ReplyDelete
  3. hahaha lawaknya mllmh atie..

    ReplyDelete
  4. sekarang dah ta jadi cikgu ke??huuu..pepon jd cikgu nie mmg menduga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anis..yup..menduga udah tentu,tapi kepuasan itu ada kan...hehe

      Delete