Nak beli tepung kek!

Monday 14 May 2012

Makan di Restoran Four Season dan Haagen Dazs

Bila dah duduk jauh dari negara asal,mula la teringat nak makan tu nak makan ni..so aku pun membelek la pic dolu-dolu..tapi takda la dulu sangat.Cuti sekolah bulan 12 dan 3 yang lepas jew puuunn..Ngeh ngeh..

Bulan 12 Tahun lepas,yang aku ngap...
Di Restoran Four Season Kota Bharu. 
 Ikan Siakap masak Nyonya
rasanya begitu awesome..sedap sgt rasa fresh and sweet sour,serai sikit..
 Kailan ikan Masin.
Yang ni biasa je,sama mcm kat kedai-kedai lain.

 Butter Prawn 
pandai chef dia masak..memang udang yang sangat sedap,rangup.

Ada satu lagi tak ambil pulak picnye..ketam salut telur masin..perghh..mabeles ..memang dia hidangkan ketam tu selambak dalam bekas,rege tak tau la pulak..makan camtu dah sedap..ketam+telur masin perfect combination..rasa lemak-lemak masin gitu..
Overall memang kasi 5 bintang la makanan dekat sini,tak silapnya ni restoran melayu cina camtu,kalau malam memang penuh,pergi dgn abang pun kena call dulu nak tempah,kalau siang tak tau la pulak..Siapa yang datang ke kelantan,jangan lupa singgah sini,memang best.

 Tutti fruiti
Memang tak lari dah kalau pergi sana memang makan aiskem sedap ni je.pasal free..mekaceh ngah...hahahha.
 Mee/bihun celup
Aku makan benda ni kat atas pasar siti khadijah..ahhhh.hanya tuhan je yang tahu betapa sedapnya makanan ini di tekakku...bagi siapa yang tak tau ni mee apa,sebenarnya mee ni simple je,celup mee,pastu letak kuah air daging,letak daging perut,sayur kangkung,daun ketumbar,perah limau,cili jeruk..and then makan la...meleleh air liur.. housmate aku yang tak pernah makan pun,bila makan dia jadi ketagih..FYI  kat shah alam pun ada, dekat restoran wira sejati sek18 17,tapi tahap kebersihan sangat low.dan satu-satunya kedai yang ada jual benda ni kat sek7 ialah kedai molek,kedai tu memang bersih dan sedap,tapi berapa kali makan tukang buat nya dah balik thailand..memang saje je kan.. kalau korang nak kena ramai-ramai mintak kat tuan kedai supaya adakan balik..hehehe.
Bulan 3 Tahun ni,yang aku ngap lagi....
di JJ Bukit Tinggi.

 capuccino caramel syrup.
 Chocolate and brownies
 Yang ni tak ingat nama.

Memang sedap aiskim dia,kalau tutti fruiti kan yogurt gitu,kalau yang Haagen dasz ni memang aiskim betul,lemak-lemak manis gitu. harga pun sedap.<apa-apa yang berkaitan dengan benda free  memang sedap> Alhamdulillah abang belanja..maceh ngah..Thanks Allah.


Saturday 12 May 2012

Berjalan ke Yaman

Yemen Map ( google)

22 April yang lalu aku melangkah dengan senang hatinya pergi ke negara orang hasil bantuan orang yang mulia menderma atau bersedekah untuk membeli duit tiket. Aku pergi ke Negara Yemen.Setibanya di sana aku taklah terkejut dengan keadaannya.kerana orang yang duduk di sana dah bagitau awal-awal tentang cuaca dan budaya di sini. Aku tiba di Sanaa waktu malam dan teramat sejuk.tapi tak ada kamera (dukacita),dan pagi esok pula aku bertolak ke seiyun,so di sanaa memang tak sempat pergi mana-mana.
Kota Seiyun ( google)
Sampai di Seiyun,aku dapat melihat kebesaran Allah di mana keadaan bentuk mukabumi yang pelbagai dalam satu Negara.Di Sanaa tak banyak kelihatan pokok ,cuma penuh dengan bangunan,tetapi cuacanya sejuk macam di Cameron Highland,dan di Seiyun pula dilihat dari atas memang penuh dangan pokok-pokok tetapi cuaca agak panas. Pokok kurma banyak kat sini.dan air tetap ada berterusan walaupun panas.itulah sebab mungkin di panggil wadi hadhramaut.
Sawah padi.. >eh bawang<

 Depan pokok inai,pokok bawang tengah,dan pohon kurma di belakang.
 Bandar
Di bandar Seiyun kelihatan sesak dan paling utama hanya muka lelaki je tercangak di merata-rata tempat
NO WOMEN.
kedai makan (Dapur belakang)
Kami makan di sebuah kedai ,tapi disebabkan kami perempuan kena pergi belakang makan sorok-sorok dalam bilik yang disediakan.
 The best Nasi Arab<EVER
Daging kambing goreng
 tu daging kambing,tapi subhanallah,sangat sedap tak rasa hamis pun dan manis je.
kat sana guna anak kambing,tu yg sedap je walau digoreng dengan garam je.

Setelah selesai makan ,aku pergi rumah abang di Tarim ,kota yang terkenal dengan para wali Allah..semuanya kebanyakan alim ulama di sini ahlu bait. no wonder la.
Welcome to Tareem.

Rumah-rumah di Tareem.

Di waktu pagi
 See,Perempuan kena camni kalau keluar umah (yang sepatutnya la)
FYI,kat sini memang perempuan kena pakai furdah,pakainya pula kena tutup kening sekali.hehehe.pakaian mesti berwarna hitam sahaja.Colourful takda.Kalau kita kat mesia ni mau meroyan cenggini,tapi itulah,kat sini kes jenayah memang boleh dibilang dengan jari,mereka takut nak buat jahat ,ada satu kes disebabkan ada pasar di suk,kemudian ada yang berzina dan pasar terus ditutup, orang yang buat jahat tu diREJAM. yup ,kat sini menjalankan hukum ALLAH.see,nampak tak perbezaan? Negara yang membangun dan tak menjalankan hukum ALLAH,terima la yang sepatutnya.tapi yang sedihnya kita yang tak buat apa takut terkena,nauzubillah..
Gerai buah yang sangat sweeeeeeeeeetttt...paling sedap Syamam(Sunmelon)
Pohon Kurma di tepi rumah :)

to be Continue...