Nak beli tepung kek!

Sunday 1 May 2011

Kakak saya derma darah..!!

Kalau kita setiap hari berdepan dengan budak, macam-macam cerita yang akan kita dengar..menjadi kebiasaan apabila budak bercerita,kita mesti akan dengar dan layan apa yang nak di ceritakan oleh mereka.

Murid yang aku ajar ni namanya Borhan(bukan nama sebenar)(bukan juga borhan watak keluangman itu ok)Suatu hari budak ni ambil kelas tambahan dengan saya,so aku sebagai muallimah dia tolong ajarkan...Alkisahnya budak ni comel sangat..darjah 3 je pun tapi dia kata berat dia 45?? ha..comel tak?comel tak? (imagine..)
dalam pada dia tgh belajar tu,dia ceritakan kisah kakak dia dengan tiba-tiba,,.muallimah nye baik hati kan.. tak nak bagi dia boring ,layan kan jugak la..macam ni kisah dia..Jeng jeng jeng!

Borhan:"muallimah,kakak saya haritu pergi derma darah..(sambil tersenyum)"

Muallimah: Tengah sibuk tengok jawapan dia buat tadi sambil berkata" emm Oh Ye ke? best tak?"

Borhan: senyum lagi ..Dengan semangat tiba-tiba tak tau datang dari mana." kakak saya pergi dengan kawan dia derma darah tapi lepastu dia pengsan lepastu balik ayah marah-marah dia..hee..."(baca dalam satu nafas,budak tu memang buat macam tu ok)

Muallimah: "la..macam tu sekali..macamana boleh pengsan tu???"

Borhan :" Mula-mula dia derma darah,lepas tu dia sakit perut dan dia pergi ke tandas terus,lepas dia dah habis buang air besar,dia nak buka pintu kunci tandas tu,lepastu dia pengsan".

Muallimah: " Ha..habis tu,siapa yang selamatkan kakak awak?"

Borhan: "selepas kakak saya pengsan..dia terjaga balik,dia sakit perut lagi,jadi dia buang air besar sekali lagi,lepas habis tu dia pengsan lagi..lepas sejam baru kawan dia datang tengok dia"

Muallimah:" Erk...."( Terkedu seketika)

Hmmm sebenarnya aku rasa lawak dengan cerita borhan ni..ye la kita tak tau betul ke tidak versi cerita dari dia ni..mungkin tokok tambah cerita..tak tau la..yang musykilnya boleh ke lepas pengsan bangun dan kemudian sambung balik buang air besar lagi sekali..keh3..

****TAMAT****

No comments:

Post a Comment