Nak beli tepung kek!

Tuesday, 22 January 2013

Sekolah Tahfiz Taman-Taman Syurga,Semua Mahu.

Assalamualaikum w.b.t

Semalam 22 Januari 2013 hari Selasa aku pergi Sekolah Tahfiz yang baru dibuka oleh Kakak dan abang Iparku di Telok Gong,Selangor.

Sekolah tu baru beroperasi dalam 4 hari ini,dengan pelajar hanya 6 orang setakat ini.Alhamdulillah sesungguhnya semua urusan dimudahkan Allah Taala apabila kita nak buat benda baik.

Kebanyakan pelajar tersebut boleh dikatakan semua dari kalangan orang-orang susah.Abang aku buat yuran memang yang paling murah,sesuai untuk semua.Aku kagum dengan mereka,bersungguh datang belajar walaupun susah.Hari pertama mereka datang sekolah dihantar ibu ayah.

Ada antara ayah mereka buta,ada yang ayah sakit strok,Sakit jantung,tapi semangat mereka untuk melihat anak berjaya dunia akhirat sangat tinggi walaupun mereka susah. Aku bukan menghina atau merendah-rendahkan mereka ,tetapi aku sangat bangga dan kagum melihat ibu ayah yang macam tu,aku memandang tinggi mereka.rupanya semua manusia tak kira la apa pun perbezaan tetapi hati tetap sama nak hantar anak sekolah tahfiz untuk menjadi seorang Hafiz/Hufaz Insyaallah.Amin ya rabbalalamin. Walhal mereka boleh je nak hantar anak sekolah biasa,tapi mereka ada kesedaran yang tinggi.

Aku tahu aku tak ada duit banyak,jadi aku menyumbangkan tenaga aku untuk membantu mereka,mungkin dapat saham sikit kat akhirat nanti. aku tolong masak untuk makanan tengahari dan petang.Alhamdulillah,mereka makan setelah habis belajar Al-Quraan. Sejuk mata dan hati tengok diaorang belajar dengan bersungguh-sungguh.Terbayang wah inilah taman syurga. :)

Ketika ni  mereka menumpang di sebuah surau lama yang diwakafkan,sementara menunggu bangunan sekolah dibina di tanah wakaf yang diberi oleh Seorang Hamba Allah,sangat baik orangnya,semoga Allah merahmati beliau,amin.Kalau ada orang yang baik hati nak derma untuk pembinaan sekolah tu sangat bersyukur,dan lagi cepat sekolah mereka siap.surau yang mereka duduk sekarang tu memang dah dhaif ,rumah kayu dan batu ,dengan hasil derma orang ramai alhamdulillah dapat membaik pulihkan lebih selesa untuk pelajar-pelajar walau tak sepenuhnya.

Seorang Hafiz dapat memberi syafaat kepada Ahli keluarganya,Itu yang aku selalu dengar ,Harapan aku agar sekolah tersebut terus maju dan menghasilkan para Hufaz yang berilmu .Amin.

Nanti aku buat update perkembangan sekolah. Siapa-siapa yang rasa nak derma walaupun 10 ringgit  5 ringgit malah seringgit pun sangat dialu-alukan,boleh contact aku di blog ini.itu semua untuk dapat saham kat akhirat sana,insyaaalah.Amin.

Thursday, 17 January 2013

Kucing Meroyan

Oh hai,walaupun aku cakap aku nak update pasal aku untuk hari rabu,tapi aku update untuk hari khamis,mungkin ia termasuk hari rabu jugak,kalau tak nak baca boleh pejam mata,atau goyang-goyangkan mouse korang ke mana-mana tanda star ,boleh bookmark.oh ok aku  perasan!!

'KUCING' Perkataan yang sangat biasa bagi aku,mungkin korang pun biasa.Itu satu fakta,Lainlah Singa ke harimau korang nak kata biasa memang korang boleh pergi tanjung rambutan.( ayat sangat typical)

Disebabkan harini Jumaat,aku nak cerita pasal kucing aku, i mean kucing yang yang ada kat rumah aku.Ok aku jujur ,kucing tu tinggal kat atas bumbung rumah aku.

 Dia menumpang kat bumbung rumah aku sejak atok moyang mereka lagi, mungkin jugak moyang kepada atok dia punya moyang. Hah penat kan otak korang nak digest ayat ni.takpe cuba perlahan-lahan.Dah lama sangat dah mereka duduk atas bumbung tu,tak silap aku dari tahun 1998.Aku dah tak ingat kucing mana yang mulakan penempatan kat situ.Bermacam-macam gaya,bermacam-macam warna,yang pasti tompok coklat dan oren dan sebagainya.

Atas bumbung tu lah mereka makan ,minum,berkawan mungkin,berlepak mungkin,atau menonton television,(ye kadang-kadang aku pernah terpikir nak pergi mengintai rumah dorang ada tv kah??) Bercinta,berebut kekasih takyah citer lah penat aku dengar jantan-jantan yang  bersuara miang,tapi semangat mengawan tak pernah luntur. benda-benda macam ni la  buat aku geram dan aku dengan hanginnnya membaling selipar yang ada dengan menjerit sekuat hati,kalau tak kena lagi,aku ambik terompah,oh yang tu aku tipu,terompah takda kat rumah.emm.aku ambik selipar lain.

After that,mereka making love dan beranakkan  anak-anak yang comel ,sepupu,anak sepupu,anak madu,i mean anak tiri mungkin,cucu ,cicit,ye aku rasa mereka kebanyakkannnya memang sempat dengan cicit mereka.tapi dorang sumbang mahram...errr tak kisah,sebab dorang binatang,kalau manusia memang neraka.

Nak ikutkan sebelum ni rumah aku ni dah setahun setengah aku tinggalkan sebab kerja kat Shah alam,So bila aku mula duk balik,masih ada lagi kucing-kucing,mungkin keturunan yang ke-18 atau mungkin lebih,yang pastinya semua dah bertukar warna,ada dua tiga ekor semua warna oren.Dan semenjak awal-awal tahun ni dorang berjemaah pulak beranak.adoi ketensenan dalam diri aku.

Ada satu malam tu aku tgh melayari internet di meja makan,kemudian tiba-tiba ada kucing oren selamba jalan depan aku,tak takut pun nampaknya ,selalunya takut kalau nampak aku,kelam kabut lari ,ini tak,jadi mudah kerja aku nak halau dia,then aku halau,esoknya perkara sama berulang,aku jadi pelik kenapa dia asik masuk rumah aku.dengan lenggang je kalau berjalan.aku biarkan je la.

Tapi pada suatu pagi aku dengan mak aku jumpa anak kucing tak buka mata lagi duduk dalam kabinet dapur,sekali dengan kucing yang aku selalu nampak semalamnya. Hmmm patutla.kau yang lambat nis. sape yang cerdik sebenarnya ni.huh aku pun apa lagi jerit dengan sekuat hati, "kau keluar sekarang".Kucing tu dengan takut-takut tak nak berganjak,mungkin dia takut aku ambik anak dia.Mak aku cakap biar lah dia ,nanti mak dia keluar kita bawak anak dia letak tepi rumah.

Dan seperti yang dijanjikan kami letak kucing kat tepi rumah dtutup dengan plastik. Esok aku tengok dah takda,kena makan anjing,auwwwww aku tau tu,tapi aku bukan sengaja,tak ingat pun anjing-anjing berdebah tu. Dan sekarang mak kucing tu asik masuk rumah meroyan cari anak,argggghhh dia sondol pintu kabinet sampai jatuh barang,2 hari dah dia buat macam tu..ahhhh korang tau tak AKU YANG NAK MEROYAN SEBENARNYA...argggghhhh... Astaghfirullah. hmmm KBAI.

Tuesday, 15 January 2013

Semalam

   ohh hai semua ,oh ya semalam hari selasa,harini rabu dah la,semalam memang aku tak buat apa,duk umah aje,petang tu aku pergi pasar selasa dengan kawan aku nak cari yong tau fu,lapar la wei,dari pagi tak makan,pastu malam aku tak buat apa jugak tengok cerita korea Flower Boy Next Door Ep3&4. Best sangat lah cerita tu,sebab couple comel Yoon si yoon Park Shin Hye. itu je aku nak bagitahu.. nanti hari sok aku update tuk harini punya..muahahahaha..KBAI.

Monday, 19 November 2012

Inspirasi Nigella.(K0n0n)

Bismillahhirrahmanirrahim.*hmm aku taip ayat tu panjang-panjang jangan lupa baca*.. Salam semua,hai .. (mesti ada kakak and abang aku baca ni) hai sekali lagi...hai juga untuk pembaca setia blog aku ni(berangan ada kejap,lantakla kan)..dah 3 bulan aku tak hupdate kot..mungkin kerana aku takda idea,takda masa,takda mood,(masih dalam mood perasan orang nak baca,padahal aku tengok paling popular Haza Bistro,Entry lain pun hebat jugak la U all) ha..aku tak cakap best ke apa..hebat terus.takpelah.meh la aku nak citer mende-mende yang ada di fikiranku ini,bosan nak buat pendahuluan mesti mengarut dahulu..huhuh..

Semenjak dua menjak ni,aku tetiber la pulak bergiat aktif buat kek,sejak aku tak kerja..aku pun tak tahu camana tiba-tiba aku yang memang tak masak apa-apa kat rumah,paling koman makin nasi ngan telur je,(i tak kisah)..yang tak pernah buat kek sendiri.(tolong mak aku kacau adunan,terap-terap biskut ada la kan)..tiba-tiba Menjadi pembuat kek Red Velvet dan biskut Cheese Tart dan Cream Puff dan Makaroni Bakar, dan Pavlova,dan kuih-kih lain eg karipap,murtabak(yang ni bantuan mak aku)..(habis promo dah tu).. ni gambar-gambarnya..
  Red Velvet Cake (with deco)  1 kg  ++ rm65 500gm+++ rm35(with decorate  +++rm5)
 Red Velvet Cake (without decorate)
  Red Velvet Cake  1 kg  ++ rm65 500gm+++ rm35

Mini Pavlova rm2.50  minimum order 10 pcs.
 Cream Puff  RM30  50 pcs
 Cheese Tart rm 28 40pcs
 filling blueberry ,strawberry and kiwi.
 makaroni bakar rm38


 Harga dah ditulis. Penghataran percuma sekitar klang dan banting,ambik sendiri lagi bagus..yang area lain tu ada plusnya la.
 (Psssttt..sape-sape lah yang berminat boleh la email aku ye di senimalam@gmail.com or PM kat my Fb la ..heheh)


Sambung citer balik..Sebenarnya Aku pun tak minat berbisnez ni,tapi disebabkan kuasa Dia,semua jadi je. (yokk beneran nih)My Partner Kapten Adawiah memang kreatif.kami buat sama-sama semuanya. dengan bantuan mak pak kami. Thanks Allah.

kemudian tetiba aku teringat satu waktu ketika dahulu ,aku suka tengok rancangan masak-masak kat Astro masa tingkatan 4 5 ,aku tengok Astro ngn My arwah Abah (allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu,Al-fatihah).
 Kami akan tengok sama bola-bola di Saluran sukan EPL sudah tentu.


Kemudian citer korea kat astro,abahku layan kan jugak..hehehh tapi masak-masak aku tengok sorang la kot. Macam kat bawah ni.
 Nigella lawson,umur dah 52 tapi still hot lagi..keh3.
 Yang ni muda lagi kot.

Aku suka sangat tengok cara nigella masak,simple,tapi cam delicious sangat,and sweet dan kemas, dia kan buat kat rumah camtu,so aku angan-angan nak ada dapur camtu la kononnya. dari dulu,pastu masak-masak camtu  bagi orang makan.Tapi aku ni masak tu kena ajaran dari mak aku lagi,nak jadi cam Nigella cmana. Kui3.

 Adam tak silap aku nama dia.
Kalau makan memang tak ingat dunia,makannya pulak sedap-sedap je,mana la aku tak terliur,makan dalam size yang banyak,makan sorang-sorang,padan la besar. korang tengok la kat Astro tu.(erkkk yang ni rancangan makan-makan) :) .

Sugar by Anna Olson(pic macam hokkaido chiffon je,ki3)

Ni show buat-buat kek kuih biskut je,aku memang like seribu kali,sweet sangat sugar ni.macam aku dapat rasa terus bila aku tengok dengan penuh penghayatan.

Mungkin kerana ada sedikit minat,benda akan terjadi,Alhamdulillah.tapi sebenarnya aku minat mengajjar kat sekolah(dah penah jadi cikgu) aku minat berkebun..(macam mana ni tetiber jadi farmer pulak kang.macam dalam game) heheheh...Tapi sekarang ni tumpu yang mana boleh dulu..mmmmbollehhhh..

Apapun yang penting sekali,kita kena ada niat yang baik yang mendatangkan pahala dalam apa pekerjaan sekalipun.. insyaaallah..

Friday, 7 September 2012

Makan di Khao by RamaV,Setia city Mall.

Salam mesra semua. Sempena kebosanan yang melanda diriku ini  tiba-tiba, jadi dengan tiba-tiba aku meng'hupdate'kan blog ku ini dengan kisah makanan yang terkini dimana aku pergi me'ngap'kannye bersama kawanku. Kali ini aku  pergi ke satu restoran Thai yang agak menarik untuk di kunjungi sesiapa sahaja.

Restoran ni ada kat dalam Setia City Mall * Tempat lain aku tak tahu la kan*bersebelahan dengan Seoul Garden,**Taklah sebelah sangat,selang sebuah kedai lain**, Restoran ni agak exclusive gitu,cantik,sedap mata memandang,makanan dia pun sedap,kena dengan selera jugaklah,harga dia pun hensem bagi aku,tapi bagi orang yang berduit bese je kot,mahal lagi SR yang jual kek tu,emmmm... Aaaa apa?korang tak pernah dengar dan tak tau akan Setia City Mall ini? oh senang je,meh sini aku terangkan sikit.

Terletak di Setia Alam  diantara Meru dan Shah Alam, Setia City Mall merupakan Mall yang terbaru dibangunkan dan akan menjadi popular agaknya bagi penduduk Klang dan Shah Alam.Bagi aku yang dah bosan dengan JJ bkit tinggi, Setia city Mall adalah pilihan aku waktu ini yang mana amat sesuai untuk aku menyegarkan mata.Aku rasa konsep dia macam Alamanda sikit.apa yang best kat tingkat bawah dipenuhi dengan kedai dan kiosk makanan,seperti KFC,MCD,Nando's,Seoul Garden,Delicious,Hot n Roll,amos famous,dan banyak lagi ***aku sebut yang popular di mata aku je***,korang harus pergi sendiri la kan..kalau nak makan-makan pastu nak tengok wayang bagai kat tingkat atas.


Disebabkan aku banyak membebel,moh le aku Menyegarkan mata kalian semua dengan makanan di satu restoran Thai bernama 'Khao'.Pengambaraan makanan aku bersama kawan-kawan adawiah dan sarah.Huhu.


Ni Menu dia,cantik!


Nampak tak? Deco dia memang indah,dan gambar makanan kat dinding tu memang ada,nasi dalam mangkuk,tomyam,dumplin bentuk bunga,makanan satu set.meja dia sebelah tepi ni  pasal kitorang duk situ.


Kitorang order yang set punya,ambik yang kuali atas api. Best betul,terasa kebatakan melanda, aku dan kawan aku sarah mula-mula nak ambik set yang takda kuali,macam nasi ayam la,tapi disebabkan tengok takda kuali atas api,kitorang pilih set yang lain
**yakni yang ada api la..** hahaha


yang ni sarah punya, Set dia nasi semangkuk,ada telur mata kerbau,(nasi dia sedap hokay) ##obses la tu##
dia pilih atas kuali tu seafood red curry ..memang sedap la.pastu ada sub bebola. kerabu mangga,udang tempura berbentuk itik,**sayang nak makan** dumpling bentuk bunga orkid kot.**makan sikit sebab tak minat**.dan buah tembikai. harga dalam RM22 camtu.Air order lain.


Ni adawiah punya,sama je cam yang atas cuma lauk atas kuali tu ayam kari kuning.


Air Jus epal adawiah ,ada serai,aku dengan batak keluarkan serai tu dan bau. emmm tak bau serai lansung,bau wangi epal.huhu.


Yang ni aku punya la,tapi tak nampak dalam kuali,ambik daging goreng pedas je kot.


Nampak habis licin kami makan pinggan sekali..lebih la kan.. mana ada ..dah habis je makan orang tu terus ambik bekas semua.dalam hati aku pikir,emm tak cukup pinggan agaknya,lagi-lagi yang kuali api tu..hahah tak tau lah..mungkin itu cara dia kan.

Begitulah kesudahan entry kali ini. Makan dengan kenyang dan kami pulang sambil beli Hot N Roll, Donut Krispy Kreme,dan adawiah takkan tinggal air Chatime dia.aku pun tak tau apa yang sedap sangat..hahah sori dawiah.** aku tak suka buah selasih dia yang besar sangat tu la..tersedak aku** hehehe



Sunday, 5 August 2012

Chong Wei Kalah ! tapi Menang di hatiku.

    Salam sejahtera semua,diharapkan saudara-saudari semua calm down dulu kerana ini lah kenyataannya. Chong Wei masih kalah di Final Olympic 2012 sama itu Lin Dan.Kenapa aku guna perkataan masih,pasal aku rasa dia susah benor nak nak kalahkan cina dari China itu,dalam erti kata mudah sering dikalahkan,tapi kau orang jangan marah,itu yang aku selalu tengok la,walhalnya dari segi rekod, abang wei  lagi better kot,weh jangan salah paham lagi sebab aku tulis ni yang aku ingt yang tahun lepas punya la,rekod tahun ni aku tak tahu,tapi yang pastinya Chong wei Menang di hatiku.

    Aku sebenarnya takut nak tengok perlawanan Final ni.dan FYI memang aku tak tengok pun,tapi aku beriya-iya update pasal ni kan..hahahaha.Semuanya aku tengok dekat sahabat setia kita tak lain tak bukan fesbuk la kan..Aku tengok kat fesbuk tu pun aku tengok laju-laju je,pandang sipi-sipi,nampak gambar sedih,terus aku tau dah,pastu aku nampak ayat,"kalah" dan nampak 3 set dia main,memang sah kalah,mata aku tengok laju selajunya weh pastu aku terus tutup fesbuk yang selalu menyampaikan berita yang aku tak mau..
 Senyum cikit...(nak kena penampor agaknya aku ni) 
Awak HERO la Chong wei.. jangan sedih tau.. Cuba lagi!!!

 Dia kalah mungkin kerana faktor kepenatan,ye lah maybe dia baru lepas kalahkan chen long kan,(yang tu aku tengok),dan aku tengok berita semalam dia main 3 set tu sebenarnya dia boleh bangga dah sebab dia kalah kerana bola out je, 19-21 beza sikit je,waktu bola jatuh tu dia pun tergamam,tak sangka dia baling kuat dan lin dan biorkan bola tu jatuh.apapun aku paham perasaan dia,walaucamanapun orang cuba ceriakan dia,tapi dari segi perasaan peribadi dia,dia sendiri memang nak kalahkan Lin Dan tuh.tapi tak pe chong wei, awak ada satu lagi match Badminton Dunia tak silap pasni,lepas tu tak main dah kot,itu lah masanya.cuba lagi,aku pulak dah risau sape la yang nak gantikan chong wei pasni.ada la tu kot nanti.

    Apapun  hati aku ada sedikit sebel gitu,dan aku terus terfikir,kenapa la setiap kali aku tak tengok apa-apa match yang aku suka,mesti kalah,macam Portugal vs Sepanyol Euro 2012 aritu..emmmm...tapi aku pikir balik emmmm mana ada... dulu Final Euro 2004 Portugal vs Greece pun aku tengok berjaga pukul 3 pagi,tapi kalah jugak weh...Tengok kalah tak tengok kalah jugak,haiiii..aku memang terlalu pikir banyak,Tengok Jenson button menang petak ketiga tahun 2004,tapi time dia jadi juara aku tak tengok pun tahun tu,aku tengok menang, tak tengok pun menang jugak,,ya jelas banget dong aku emang pikirin lebihan ini...,tak semestinya lah ,kalah menang ni adat pertandingan la,bukan kerana aku benda tu jadi kalah menang,semua ni pasal tengok syiok sendiri la tu..kita kena ingat  apa yang berlaku semua kerana Allah Taala..Ampun kan hambaMu yang lalai ini Ya Allah..

p/s: Sori la tak guna title Dato'.. susah la nak type..hahahah.

Thursday, 19 July 2012

Terlepas Flight

   Setelah aku meniliti Title untuk post kali ni ,aku dapat rasakan Tajuk Entry aku kali ni maybe sama jugak dengan beberapa blog lain hahaha ,lantaklah kan,pasal semua mengalami benda yang sama...Disebabkan aku amat berdukacita dengan aku punya keterlepasan flight petang tadi.Sedih nan hado.aku pun tak tau ayat apa ni kan. So aku nak cerita la sikit, alkisahnya macam ni,(sesi luahan hati).
    One day..boleh blah la dengan one day kan..mesti kena mulakan cerita yang geram camni..."EEEEEEE GERAM BETUL AKU BOLEH TERLEPAS FLIGHT NAK PERGI KELANTAN " Nape la AA ni  tak bagi aku chek in walupun 20 minit lagi. ,biar salah aku pun..dan undangnye ye memang 1 jam sebelum tu,nak jugak aku cakap korang memang tak berhati perut..ngeh ngeh ngeh.Dari rumah patutnya akak aku hantar 2.30 dari  banting ke lcct smpai pukul 3.30, tapi alkisah kakak aku mengada ada hal pulak,pukul  3.00 la pulak dia nak bertolak.Aku pulak tak tau lagi kena chekIn sejam sebelum,so ikut je la akak aku (walhal aku pernah dengar pasal chek in tu tapi aku macam konfius sikit) so aku biarkan je la..kakak aku siap cakap..ala sempatnya..hmmm sempat la sangat,sampai-sampai pukul 3.55 aku jalan nak g kiosk 5 minit dah kul 4.00,isi  booking number,dia tak bagi dah then aku pergi kaunter AA situ dah 5 minit ,Dia bagi surat suh pergi kaunter R68,dah 5 minit,dah pukul 4:10 ,tapi dia kata tak jamin ye kak,aku pun buat ok je la and bergegas ke tempat yang dia suruh, sampai je kat kaunter tu tengok orang berderet menunggu,ini kes terlepas Flight jugak ke,memang pun,so aku tak sampai hati nak potong barisan yang berjela tu,jam pun dah 4:15.Flight aku berlepas adalah 4:25..you see.
     Aku dengar penerbangan aku dah nak berlepas,semua dah masuk gate.emmm pasrah la aku dalam hati aku mula berkata-kata,apasal tak bagi aku tiket tu je,kan senang,aku bukan bawak bahan bakar untuk bakar orang pun kan..selepas tu dengan muka masam aku berjalan perlahan-lahan menuju ke luar(nak nangis sbnrnya,tahan bagai)..aku terasa kemasaman muka aku macam nenek tua.Aku tunggu akak aku yang tak balik lagi,sebab sebelum tu aku dah warning awal-awal kalau aku tak tepon lagi ,maksudnya aku ada masalah la tu.aku dah agak sebelumnya.tapi agak-agak dalam berani .buat jugak kan..
     sampai je akak aku kat situ aku masuk kete dia,aku tunduk je dan nangis,ala nangis ni memang hiba betul aku rasa,pasal aku rasa  macam pelakon korea choi ji woo tu nanges mata terbuntang tapi air mata tap tap tap tap jatuh gitu..so aku pun feeling camtula kot..pastu ada la bunyi cam hingus kat hidung nak tarik nafas tu..pastu akak aku kata,dah la sok sek sok sek tu..hahahahah...sabor je la..Sampai umah anak buah aku pulak cakap,aaa kenapa ciksu macam pontianak..(celak+air mata) lagi sabor ....hi3...moral of the story,lenkali jangan mengharapkan orang dah,Mengharapkan Allah Talla yang Wahid sahaje..