Nak beli tepung kek!

Friday, 16 September 2011

Baker King Kim Tak Goo

Bukan apa ..saje je nak bgtau kat sini aku dah berjaya mendownload  citer  bread dream love ni
..thanks asiatorrent and vlc player..takyah susah2 buat satu2 kat youtube tu..kikiki...bangga sket ni pasal  1st time download drama full episod eng sub...(pandai gak aku) huahuahua..

Monday, 27 June 2011

Senyum dan Gusi

Adakah semua orang senyum nampak gusi ? tak tahulah ..tapi pelik ke kalau orang senyum nampak gusi..biasa je..tak ada masalah..pasal aku pun macam tu hahaha..

antara orang yang senyum nampak gusi???

Aku...

Jenifer Garner

Junsu 2PM

Mr Oss..

hahaha malas nak ambik gambar2 dia orang cari lah sendiri..hehehe


Monday, 6 June 2011

Teka Teki

Kenapa kalau nak ke perak dari selangor, lalu teluk intan lebih untung dari lalu Highway?????








*Jawapan: Sebab lalu Teluk intan boleh kutip intan banyak-banyak..hehehehe

Sunday, 22 May 2011

The Best Game EVER..(PC game)


      Shaolin MysteryHmmm Tajuk pun anda semua dah dapat agak kan kat kawasan mana yang kita akan pergi.....yeah..negara cina..pergi ke zaman Dinasti dahulu..Ini ialah Adeventure Game ..sangat menarik dengan pemandangan yang menarik dan menggunakan otak kita untuk menyelesaikan masalah.
 AVENUE FLO Kawan-kawan..mari kita tolong flo menguruskan perkahwinan kawannya..ehek..memang banyak tempat anda dapat pergi dalam game ini..bertemu dan bercakap dengan pelbagai watakdaripada jiran,nenek tua,hingga FilmStar..Tugas anda hanyalah menyelesaikan masalah yang dihadapi.. Dairy DashHohohoho..anda mahu merasa berkebun dan berladang? ha ini la dia..dengan lukisan cantik anda pasti sukaanda akan rasa dalam hati( eee bestnya kalau ada farm macam ni)hihihihi

 Avenue Flo : Special DileveryTak puas main yang season 1? nah ini dia ambil lah season 2 pula..dengan konsep yang sama tetapi berlainan tempat dan masalah serta penambahan watak..amat lah best.
 Ranch RushSara perlukan pertolongan anda!tugas sara adalah menguruskan kebun dan menjual hasil-hasilnya seperi tomato labu cili bunga dll...sara juga perlu bagi lembunya makan bunga untuk hasilkan susu,bunga juga diperlukan untuk lebah hisap madu bagi menghasilkan madu di sarangnya..susu dan madu? juga untuk dijual..WOW menarik kan? yup Absolutely.. 
  Robin Quest Oh ..aku amat menyukainya..its adventure game...tapi sangat lah cantik dan kemas lukisannya.dan ianya juga mencabar..kalau tak gunakan walktrough memang susah juga nak lepas..tapi ana suka la..Di sini juga anda perlu menyelesaikan masalah dan berjumpa pelbagai watak di kedai di curch di dapur di pasar di atas kapal..tapi ianya amat menarik lah...itu je ana boleh cakap...hehehe







Sunday, 8 May 2011

Nasi Belauk Kelantan , Seafood Ganu..sedap!!!

Kali ini aku akan ceritakan tentang perjalanan "balik kampung" aku dari kl-terengganu-kelantan bulan 12 tahun lepas..Takde mende yang best pun kat sana melainkan makanan..+++sape yang tak suke makanan ek?+++
first sekali aku harus menempel2 gambar(betul ke ayat?) ke mentepek? meletak,mengupload senang citer..




Nah ni dia  ..
Ikan Celup Tepung!! 
 Udang Celup Tepung( Besau2 udangnya)
 Sotong Celup Tepung (Fresh sgt)
total kami makan semuanya hanya RM26 sahaja..
 Makan di tepi pantai bergelora!ke laut?tapi ombak memang beso..kalau tsunami memang tak sempat nak larikan diri rasanya..
' Berek12'...sampai nye kami ke kelantan..ni lah tempat pertama yang kami pergi..heheh..pagi2 kat sini makan berat dah..tu ha dia..nasi dagang..gulai ayam..isk..sodap rasanya..
 Ce tengok acik tu..mmg pro duk bungkus nasi..ramai pelanggan pagi-pagi..oh ye..kuih2 pun ada..tengok la tu..dap dap dap..
 gambaran yang lebih kurang sama gambar di atas..kalau terangkan pun sama juga..situasi yang sama gambar yang berbeza..tapi yang penting,mata ni bersinar- sinar tengok lauk camni pagi-pagi.
 Tuuuuu dia....emmm ..Gulai ..
 Ni ha dia..ana perkenalkan kepada antum semua..NASI BERLAUK..orang kelantan mesti makan ni setiap pagi..lauknye simple je..nasi,ikan kayu/ayer/tongkol masak gulai kuning dengan timun..sambal cili merah..bungkus-bungkus..bukak balik..tara...tu dia..
 Carkuih..paling sedap kat berek 12 ni la..amat la lembut yang amat..tu putih putih tu..adunan dia la tu..
 tengok dia potong kekecik..pastu goreng...yah...tapi tak ada gambar dah di goreng..hehehee
 ni gambor kedai runcit kat situ..nampak tak kat tepi belah kiri tu ada gerai kecik..tu jual sate ikan..ntahlah betulke nama dia tu..tapi mmg sedap mende tu..dia bakar kat situ..tapi dia cam fish ball..tapi dia kekempis sikit..hehehe..pepagi pun jual ha..



begitulah kisah citer makan-makan dia sebelah pantai timur nu..satu lagi..lupa letak.kat sana antara makanan paling popular gak ialah mee celup..tapi tak de gambar..kui3..

Friday, 6 May 2011

Ujang dan lawak-lawaknya..

Teringat pula kisah kecik2 dulu suka baca majalah Ujang.kebanyakannya  semua orang kat malaysia ni mesti tahu kan tahap lawak ujang ni macam mana. Bagi aku dulu ianya boleh mengiburkan hati aku sewaktu malas nak baca buku sekolah..hahahah..Tapi sekarang rasanya Ujang dah "kurang boleh" menghiburkan hati aku..aku pun tak tahu kenapa..adakah kerana tahap IQ sewaktu kecil berbeza apabila dewasa?boleh jadi jugak sebab kecik2 dulu tengok orang ketawa sikit kita dah ikut ketawa..walhal benda apa tu kau nak ketawa? comel......


Berbalik kepada majalah ujang,antara lawak-lawak yang diingati ialah:


~ Apabila Tok Moh berkonflik dengan geng2 hantu yang tak sedar diri seperti Toyol,Lampor,Jepun,dan Pocong..bermacam-macam tema pada setiap siri mereka akan lakonkan..mengikut keadaan..contohnya time puasa nak ke raya tu adalah kisahnya..time merdeka terserlahlah patriotik hantu-hantu tersebut,dan time bola tiba-tiba boleh lepak ngan tok moh sekali tengok bola..mereka juga sentiasa gagal menakutkan orang2 yang lain..huhuhuhuh..


~ Kisah Benar dari kartunis Bawang tak silap...ada satu siri tu tajuk dia "mencari damai yang hilang" bagi yang  membaca tajuk akan mengagak bahawa ini mesti cerita masalah hidup,tetapi di akhir cerita semua sudah   tertipu kerana damai yang hilang itu adalah nama orang yang hilang..(mencari damai yang hilang*damai*adalah nama orang)huhuhuhu..bagi aku ini begitu tragis kerana aku rasa tertipu dan aku suka main lawak2 balik dengan kakak aku dari kecik sampai ke besar pasal kisah ni..hehehe

~keluh kesah bersama kak esah semuanya berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh pembaca dan akan "dibantu" oleh kak esah ..(kak esah memberi pendapat yang amatlah bagus sampai kalau korang baca rasa nak tampar 20kali berlainan pipi laju2 ) tapi saya ada satu kes ni ,budak tu mengadu pada kak esah yang dia dah bosan sangat kerana hidup dia dari kecik sampai besar tak pernah ada masalah..pernah juga dia mencari-cari masalah tapi tetap juga tak ada..(oh senangnya ..)..tapi dia dah pening kerana hal ni..Kak esah dengan senang hatinya menjawab.."Adik..sedarkah adik bahawa adik mencari2 masalah tetapi tak jumpa dan adik mahukan masalah ,tahu tak adik..ini lah "masalah" adik..tahniah kak esah ucapkan kerana adik dah berjumpa dan menyelasikan masalah adik.."..????? Hehehehe..itulah keluh kesah kak esah..ada banyak lagi.

Hmmm ingat yang ni aje..Tapi itu semua hanya hiburan semata-mata.





Monday, 2 May 2011

Contoh Mendownload Game Free!

First sekali,Anda haruslah Mempunyai UTORRENT.

STEP 1:DOWNLOAD UTORRENT

   Google UTORRENT(klik atas skali)
 Klik FREE DOWNLOAD (yang ditanda merah)
 Save and Open
Dapat dah...Tara.....!!!


STEP 2: DOWNLOAD GAME


Google nama game diikuti perkataan Torrent(CONTOH:shaolin mystery tale of the jade dragon torrent) 

 Klik (yang ada tanda merah tu) dalam kickasstorrent!!

klik

 klik
 Klik yes
Done..and Wait!


Macam mana? Ok ?? Good.....